Berita Harian

Projek ikonik IBN dijangka siap 2024

Pembanguna­n IBN Highlands City, IBN Bukit Bintang babit GDV RM8B

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

IBN Group menjangkak­an projek hartanah ikoniknya, IBN Highlands City dan IBN Bukit Bintang dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) kira-kira RM8 bilion akan siap dalam tempoh tiga tahun.

Kedua-dua projek itu adalah sebahagian daripada rancangan pembanguna­n hartanah berkaitan pelanconga­n, projek tenaga dan lestari dengan GDV sebanyak RM180 bilion yang akan dibangunka­n

Syarikat hartanah berpangkal­an di Hong Kong di negara ini dalam tempoh 10 tahun.

Pengarah Urusan IBN TAIT

Sdn Bhd, Datuk Seri Michael Yong Kar Moh, berkata IBN TAIT, entiti pelaburan tarikan pelanconga­n IBN Group menumpukan pembanguna­n dan strategi hartanah berkaitan pelanconga­n untuk menyokong usaha kerajaan merancakka­n pelanconga­n menerusi produk unik dan inovatif sambil mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti.

Beliau berkata, projek IBN Highlands City membabitka­n GDV RM6.5 bilion itu dibina di atas tanah seluas 8.09 hektar yang terletak berhampira­n Awana Genting Highlands Golf & Country Resort dan Genting Highlands Premium Outlet.

“Projek pembanguna­n bercampur itu membabitka­n apartmen servis 2,917 unit dalam sembilan menara, 1,176 suite hotel di Menara 10 dan dua blok komersil setinggi empat tingkat, yang mana setiap tingkat menempatka­n 207 lot runcit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena perjanjian usaha sama dengan MRF Consultant Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.

Perjanjian IBN TAIT dengan MRF Consultant adalah untuk MRF menyediaka­n kepakaran dan penasihat bagi tujuan pem bangunan projek hartanah ber kaitan pelanconga­n serta projek tenaga dan kelestaria­n.

Mengenai projek IBN Bukit Bintang, Kar Moh berkata, projek hartanah itu membabitka­n GDV RM1.5 bilion, dibangunka­n secara bersama dengan pemilik tanah, KKH Pavilion Developmen­t Sdn Bhd.

Beliau berkata, projek pembanguna­n bercampur itu merangkumi menara 68 tingkat dengan 339 unit kediaman dan 268 suite hotel.

Katanya, apabila siap kelak projek IBN Bukit Bintang yang memiliki menara dengan ketinggian 345 meter akan menjadi antara lima bangunan tertinggi di Kuala Lumpur dan bangunan kediaman tertinggi dalam bandar.

Antara projek lain dirancang termasuk Highland Utilities di Genting Highlands, Bentong Eco Park, Kingdom City di Kuantan, Agrabah City di Rompin, Sultan Abdullah Internatio­nal Fintech City, Sultan Abdullah Internatio­nal Airport City, KL Resort City di Ampang, Green City di Serendah dan King of Seas di Port Dickson.

Pembanguna­nnya dilaksanak­an dalam tempoh lima tahun akan datang.

Mengenai pasaran hartanah di Malaysia, Kar Moh berkata, pihaknya optimis dengan prospek terutama berkaitan pelanconga­n pada masa depan.

 ?? (Foto Halimaton Saadiah Sulaiman/bh) ?? Kar Moh bersama Ketua Pegawai Eksekutif MRF Consultant Sdn Bhd, Datuk Seri Siti Nur Atiqah Baba pada majlis perjanjian usaha sama di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Halimaton Saadiah Sulaiman/bh) Kar Moh bersama Ketua Pegawai Eksekutif MRF Consultant Sdn Bhd, Datuk Seri Siti Nur Atiqah Baba pada majlis perjanjian usaha sama di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia