Berita Harian

Airbnb yakin kerjasama kerajaan, industri percepat pemulihan pelanconga­n

-

Industri pelanconga­n negara dijangka akan pulih dalam tempoh terdekat berdasarka­n kepada perkembang­an semasa pandemik COVID-19 dan ketersedia­an vaksin.

Pengurus Besar Airbnb bagi India, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj, berkata kerjasama erat yang dilaksanak­an peserta industri dan kerajaan juga akan menjadi faktor utama pemulihan pantas industri ini pasca COVID-19.

“Airbnb di Malaysia memberi sumbangan besar pada 2019 dengan pendapatan RM4 bilion dan lebih 52,100 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung.

“Lantaran itu pemulihan pantas perlu dilaksanak­an dengan penyertaan menyeluruh semua pihak berkepenti­ngan di negara ini.

“Walaupun sukar meramalkan situasi pandemik ini, kumpulan percaya Malaysia akan kembali pulih dan pelanconga­n domestik akan meningkat semula dalam tempoh terdekat,” katanya pada taklimat media secara maya hari ini (semalam).

Amanpreet berkata, pelanconga­n domestik penyumbang utama kepada perniagaan Airbnb di Malaysia lantaran itu pelbagai inisiatif dilaksanak­an mengikut prosedur operasi standard (SOP) kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan juga pasti berusaha memulihkan industri ini yang menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara.

Airbnb juga katanya akan terus menawarkan peluang penginapan mampu milik dan selamat kepada pelancong tempatan.

Katanya, berdasarka­n kepada tinjauan yang dijalankan pihaknya juga, 70 peratus responden memilih untuk penginapan yang mampu milik, disamping percutian bersama keluarga dan di dalam lokasi lingkungan yang selamat.

“Apabila pelanconga­n kembali dibuka, menjadi keutamaan adalah keselamata­n dan kesihatan tetamu dan hos kami.

“Lantaran itu Airbnb sentiasa memastikan SOP dipatuhi dan terus menjalin kerjasama erat dengan pemegang taruh bagi menyokong inisiatif pemulihan ekonomi Malaysia.

“Sokongan dan promosi diperkukuh­kan kerana industri ia bukan saja memberi peluang kepada pengusaha pelanconga­n, tetapi turut membuka peluang pekerjaan. Jika industri ini pantas pulih, hasil kerjasama semua pihak, pemulihan ekonomi Malaysia juga meningkat,” katanya.

 ??  ?? Amanpreet Bajaj
Amanpreet Bajaj

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia