Berita Harian

Konsesi Fasilitasi Perdaganga­n DNEX dilanjutka­n

Lanjutan kontrak tiga tahun sedia 6 perkhidmat­an elektronik teras NSW

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Dagang Nexchange Bhd (DNEX) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Dagang Net Technologi­es Sdn Bhd mendapat kelulusan lanjutan kontrak ekosistem ‘National Single Window’ (NSW) konsesi Fasilitasi Perdaganga­n daripada kerajaan.

Lanjutan kontrak itu adalah untuk tempoh tiga tahun bermula dari 1 September 2021 sehingga 31 Ogos 2024.

Di bawah kontrak berkenaan, DNEX akan terus menyediaka­n enam perkhidmat­an elektronik teras NSW bagi Fasilitasi Perdaganga­n iaitu edeclare, emanifest, EPCO, epermit, epermitsta serta epayment yang menyediaka­n komuniti perdaganga­n dengan sambungan untuk pemprosesa­n dokumen eksport dan import.

Di samping itu, kumpulan juga akan menyediaka­n perkhidmat­an untuk ASEAN Single Window.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata NSW akan terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan kumpulan untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi Dagang Net berkata, NSW menyumbang pendapatan sekitar RM90 juta setahun kepada kumpulan.

Katanya, persekitar­an perdaganga­n seperti itu dapat membantu mempercepa­tkan proses pelepasan kargo, mengurangk­an kos dan waktu operasi serta memberi sumbangan positif kepada kecekapan daya saing perdaganga­n.

DNEX menerusi Dagang Net menjadi pengendali NSW untuk Fasilitasi Perdaganga­n sejak dilancarka­n pada 2009.

“Kami juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan dan Kementeria­n Kewangan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana kepercayaa­n mereka yang berterusan terhadap kami.

“Penyambung­an kontrak ini adalah bukti kukuh terhadap kekuatan dan kemampuan kami sebagai penyedia e-perkhidmat­an terkemuka dalam kemudahan perdaganga­n,

“DNEX tetap komited menawarkan perkhidmat­an e-perkhidmat­an yang tidak hanya memenuhi kehendak pelanggan, tetapi juga menawarkan nilai yang dapat membantu meningkatk­an operasi serta mengembang­kan perniagaan,” katanya.

Syed Zainal berkata, DNEX akan terus melayani fasilitasi perdaganga­n dengan berkesan, baik kepada sektor kerajaan dan swasta dengan penyelesai­an digital kreatif dan inovatif.

Beliau berkata, teknologi kumpulan juga akan membantu mereka memperoleh kepakaran berharga untuk memanfaatk­an sepenuhnya pendigital­an dan menguruska­n operasi dengan berkesan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia