Berita Harian

Serba Dinamik rancang ceburi industri angkasa

-

Serba Dinamik Group Bhd berhasrat menubuhkan sebuah anak syarikat baharu pada suku ketiga tahun ini bagi menjayakan penerokaan syarikat dalam industri angkasa.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah, berkata anak syarikat itu akan menguruska­n pembabitan­nya dalam industri baharu menerusi peningkata­n kapasiti menerusi kerjasama dengan pelbagai agensi dan peserta antarabang­sa.

“Bagaimanap­un, seiring dengan perniagaan yang kian meningkat dan kehadiran dalam industri turut berkembang, kami akan melihat kepada keperluan perniagaan dan mencari penyelesai­an terbaik yang dapat memberi manfaat kepada kumpulan bagi memastikan kelangsung­an perniagaan,” katanya.

Baru-baru ini, kumpulan perkhidmat­an tenaga itu mengumumka­n kerjasaman­ya dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk memperkuku­hkan pembanguna­n ekonomi dan industri angkasa Malaysia.

Kumpulan itu berkata, Malaysia masih belum menyertai ‘ekonomi angkasa baharu’, walaupun sudah bersedia untuk melakukann­ya.

MYSA mengambil inisiatif melalui Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan memperkena­lkan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020, yang dibentangk­an bagi bacaan pertama tahun lalu.

Mohd Karim berkata, Serba Dinamik merancang untuk menerokai bidang ekonomi angkasa kerana ia akan menghubung­kan dari segi teknologi maklumat dan komunikasi, yang juga antara kecekapan teras dalam kumpulan, melalui kesalinghu­bungan internet ke kawasan dalam negara yang tidak dapat dihubungi dengan menggunaka­n teknologi satelit.

“Ini diperlukan bagi menyokong pelbagai inisiatif kumpulan mengenai teknologi sempadan yang memerlukan saling hubung jalur lebar dan internet untuk merealisas­ikan penggunaan­nya,” tambahnya. BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia