Berita Harian

Abdullah Pengarah Bebas Media Prima

-

Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di negara ini, melantik Abdullah Abu Samah sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Media Prima berkuat kuasa 11 Mac 2021.

Abdullah, 55, adalah Ahli Lembaga Pengarah di Kulim (Malaysia) Bhd (Kulim) dan beliau juga adalah Pengerusi Extreme Edge Sdn Bhd, anak syarikat Kulim.

Karier beliau di KPMG Malaysia bermula pada 1998 sehingga 2020. Pada 1993, Abdullah dipinjamka­n ke KPMG London selama dua tahun untuk menumpukan perhatian kepada sektor perkhidmat­an kewangan.

Beliau berkhidmat sebagai rakan kongsi di bahagian audit dari 1997 sehingga persaraann­ya pada 2020.

Beliau turut berkhidmat sebagai Exco dalam KPMG Malaysia dari 2014 hingga 2018.

Pengerusi Kumpulan Media

Prima, Datuk Syed Hussian Aljunid, berkata pihak Lembaga Pengarah Media Prima mengalu-alukan kehadiran Abdullah ke Media Prima.

Beliau berkata, Abdullah membawa bersamanya pengalaman yang luas dan kemahiran dalam pelbagai bidang.

“Kami percaya bahawa beliau akan memberikan sumbangan yang besar kepada kumpulan menuju masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdullah berpengala­man lebih 32 tahun dalam bidang pengurusan perkhidmat­an pelanggan yang merangkumi pelbagai industri dan syarikat multinasio­nal, termasuk syarikat dalam sektor petroleum, perbankan dan kewangan, pembinaan dan pembanguna­n hartanah, perhotelan dan hospitalit­i, ladang minyak kelapa sawit, pembuatan dan perdaganga­n.

Selain bidang audit luar, Abdullah juga mempunyai pengalaman

Abdullah Abu Samah

luas dalam kajian semula maklumat kewangan prospektif bagi tujuan tawaran awam awal (IPO), isu berkaitan terbitan hak dan terbitan bon.

Beliau juga mengetuai pelbagai tugasan audit membabitka­n semakan ketekunan wajar kewangan bagi pihak pembeli dalam proses pemeroleha­n.

Beliau berkelulus­an Ijazah Sarjana Pentadbira­n Perniagaan dari University of Washington, Seattle, Amerika Syarikat (AS) dan juga Sarjana Muda Sains dalam Pentadbira­n Perniagaan daripada University of the Pacific, California, AS.

Abdullah adalah ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia