Berita Harian

Dagangan berakhir lebih rendah

FBM KLCI susut 10.42 mata dipengaruh­i tekanan jualan saham mewah

-

Bursa Malaysia mengetepik­an trend pasaran serantau yang rancak untuk mengakhiri sesi dagangan semalam lebih rendah, terjejas oleh tekanan jualan membabitka­n saham berwajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras FBM KLCI menyusut 10.42 mata kepada 1,629.41 daripada 1,639.83 ketika ditutup pada petang Rabu.

Indeks utama pagi semalam dibuka 3.10 mata lebih rendah pada 1,636.73 dan bergerak antara 1,626.23 hingga 1,636.73 sepanjang sesi urus niaga.

Bagaimanap­un, pergerakan harga di pasaran positif dengan

Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) meneruskan aliran menaiknya pada Khamis untuk ditutup tinggi AS$450 kepada AS$26,300 satu tan, dirangsang oleh permintaan yang kukuh, kata seorang peniaga.

Prestasi memberangs­angkan di PTKL seiring dengan pergerakan harga timah yang diniagakan semalaman di Bursa Logam London (LME) yang menyaksika­n logam itu meningkat AS$400 kepada AS$27,700 satu tan.

“Pasaran meneruskan momentum positif, didorong oleh permintaan yang kukuh untuk kebanyakan logam asas dengan ekonomi Amerika Syarikat dijangka berkembang pesat dan inflasi turut meningkat,” katanya.

Beliau berkata, pada paras pembukaan, bidaan di PTKL ialah sebanyak 439 tan dan penawaran 17 tan.

Ketika ditutup, kedua-dua bidaan dan penawaran adalah sebanyak 28 tan dengan peserta pasaran kebanyakan dari negara seperti China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Eropah, Pakistan, Bangladesh dan AS.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 28 tan berbanding 31 tan pada Rabu.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME mengecil kepada diskaun AS$1,400 satu tan berbanding diskaun AS$1,450 satu tan pada Rabu. BERNAMA kaunter untung mengatasi rugi 759 berbalas 435, manakala 446 kaunter tidak berubah, 563 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 9.53 bilion unit bernilai RM5.44 bilion daripada 11.01 bilion unit bernilai RM7.20 bilion pada penutupan petang Rabu.

Bagi prestasi bursa serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 1.65 peratus kepada 29,385.61, Nikkei Jepun 0.60 peratus lebih tinggi kepada 29,211.64, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.79 peratus menjadi 3,104.04 dan Kospi Korea Selatan menokok 1.88 peratus kepada 3,013.70.

Seorang peniaga berkata bursa Asia yang lain terus mengukuh semalam, mengambil petunjuk daripada kerancakan pergerakan semalaman saham di Wall Street dengan Purata Perindustr­ian Dow Jones ditutup pada paras tinggi semalam (Rabu).

Prestasi itu turut didorong oleh sentimen penurunan hasil bon AS berserta berita mengenai pakej rangsangan baharu sementara indeks harga pengguna AS yang lebih lemah daripada jangkaan

Pasaran getah Malaysia ditutup rendah semalam, diseret turun oleh petunjuk lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ringgit meningkat kepada 4.1080/1130 berbanding dolar AS ketika ditutup 4.1250/1280 pada Rabu.

Bagaimanap­un, kerugian selanjutny­a di pasaran getah dihadkan kenaikan semalaman harga penanda aras minyak mentah serta pelaksanaa­n pemberian vaksin dipercepat­kan yang sedikit sebanyak meningkatk­an keyakinan terhadap pemulihan ekonomi global.

“Sentimen pasaran juga dipengaruh­i pada Februari turut membantu mengurangk­an kebimbanga­n mengenai inflasi, katanya.

Sementara di pasaran tempatan, Bursa Malaysia diniagakan lebih rendah sepanjang sesi urus niaga berikutan kegiatan pengambila­n untung selepas mencatatka­n kenaikan selama empat hari berturut-turut.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata indeks FBM KLCI menyusut 0.64 peratus semalam kerana pelabur berpendapa­t paras harga pada masa ini adalah tahap sesuai untuk mereka mengaut keuntungan.

“Sebaliknya, rakan bursa serantau yang lain seperti Singapura, China, Hong Kong, Jepun, Taiwan dan Korea Selatan pula mencatatka­n keuntungan,” katanya.

Dari segi sektor pula, saham perbankan menghadapi tekanan jualan seperti Hong Leong dan CIMB dan ini menyebabka­n Indeks Kewangan Bursa Malaysia mencatatka­n kerugian 0.72 peratus.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.55, Public Bank kelulusan Kongres AS terhadap pakej rangsangan terbesar negara itu -iaitu Rang Undang-undang bantuan COVID-19 bernilai AS$1.9 trilion,” katanya.

Harga fizikal rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 susut 12 sen kepada RM7.105 sekilogram, manakala lateks pukal jatuh lima sen kepada RM6.815 sekilogram.

Pada jam 5 petang, harga penutup LGM bagi SMR 20 berada pada RM7.255 sekilogram, manakala lateks pukal pada RM6.89 sekilogram. BERNAMA

Ringgit ditutup tinggi sebanyak 200 mata asas (bps) berbanding dolar AS semalam, mengekalka­n kenaikan sebelumnya berikutan dan IHH Healthcare masing-masing meningkat dua sen kepada RM4.34 dan RM5.31, PETRONAS Chemicals menokok tiga sen kepada RM8.20 dan Tenaga lebih tinggi sebanyak lapan sen kepada RM10.80 .

Antara kaunter paling cergas, Airasia X meningkat satu sen kepada 10.5 sen, Widad naik setengah sen kepada 49 sen, Saudee turun lapan sen kepada 70 sen dan Dagang Nexchange menyusut dua sen kepada 87 sen sementara Vizione kekal pada 31.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 17.68 mata kepada 11,934.76 dan Indeks FBMT 100 menyusut 33.71 mata kepada 11,616.89.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 8.44 mata kepada 13,189.47, FBM ACE melonjak 90.70 mata kepada 10,443.12 dan FBM 70 mengukuh 112.17 mata kepada 15,680.32.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n menokok 7.59 mata kepada 7,189.72 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian naik 0.72 mata menjadi 190.82 tetapi Indeks Perkhidmat­an Kewangan turun 113.72 mata kepada minat belian yang berterusan terhadap unit tempatan susulan daripada harga minyak yang stabil, kata penganalis­is.

Pada jam 6 petang, ringgit naik kepada 4.1050/1100 berbanding dolar AS daripada 4.1250/1280 sewaktu ditutup kelmarin.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes, berkata dolar AS diniagakan lemah, manakala harga minyak meningkat lagi selepas beberapa hari mengalami fasa konsolidas­i, ia membantu sentimen risiko tempatan.

“Ini adalah kenaikan kukuh ringgit hari ini (semalam) kerana kemerosota­n hasil perbendaha­raan Amerika Syarikat (AS), kebimbanga­n mengenai inflasi berkuranga­n secara mendadak di sebalik data inflasi semalaman AS yang menyumbang kepada aliran masuk saham yang lebih baik ke rantau ini dan Malaysia tidak terkecuali,” katanya.

Ketika berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent berada pada paras AS$68.85 satu tong, melonjak 1.40 peratus.

Unit tempatan turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0637/0681 daripada 3.0635/0664 pada Rabu dan turun berbanding euro kepada 4.9108/9176 daripada 4.9083/9127.

Bagaimanap­un, ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.7261/7339 daripada 5.7366/7425 kelmarin dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.7841/7894 daripada 3.7955/7987 sebelumnya.

BERNAMA 15.721.82.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menyusut kepada 7.23 bilion saham bernilai RM4.78 bilion daripada 8.27 bilion saham bernilai RM6.46 bilion pada hari Rabu.

Perolehan waran berkuranga­n kepada 410.41 juta unit bernilai RM61.69 juta daripada 485.41 juta unit bernilai RM80.70 juta kelmarin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 1.88 bilion saham bernilai RM594.89 juta daripada 2.25 bilion saham bernilai RM650.79 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmat­an pengguna merangkumi 2.01 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an perindustr­ian (1.44 bilion), pembinaan (1.02 bilion), teknologi (741.55 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (121.01 juta), hartanah (872.15 juta), perladanga­n (55.34 juta), REIT (11.09 juta), dana tertutup (12,100), tenaga (529.46 juta), penjagaan kesihatan (69.41 juta), telekomuni­kasi dan media (84.76 juta), pengangkut­an dan logistik (233.69 juta) dan utiliti (58.31 juta). BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia