Berita Harian

Sheik Heikel dibebaskan tahanan ISA Singapura

-

Pasukan

Sheik Heikel Khalid Bafana

Singapura: Warga republik ini yang ditahan di bawah Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) kerana pembabitan aktif dalam perang saudara di Yaman dan menjadi ejen upahan sebuah kuasa asing, kini dibebaskan.

Sheik Heikel Khalid Bafana, 49, kini diletakkan di bawah Perintah Sekatan (RO) berkuat kuasa bulan ini, menurut Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan media tanpa tarikh kelmarin, menurut agensi berita CNA.

Dia berhijrah ke Yaman bersama keluargany­a sekitar 2008 dan mereka sekeluarga pulang ke Singapura pada 5 Februari 2019, di mana dia ditahan mengikut ISA.

Semasa di Yaman, Heikel mengendali­kan khidmat runding cara yang memberi nasihat kepada syarikat asing mengenai risiko keselamata­n dan peluang perniagaan.

Pada masa sama, dia dikatakan turut membantu satu puak dalam perang saudara di Yaman dan menawarkan diri untuk mengangkat senjata serta berjuang bersama puak itu.

Dia juga bertindak sebagai orang tengah antara puak itu dan sebuah kuasa asing untuk memperoleh peralatan ketenteraa­n, bekalan dan dana bagi menjalanka­n latihan ketenteraa­n.

Antara 2012 dan 2018, Heikel turut mengumpul maklumat perisikan mengenai Yaman untuk kuasa asing berkenaan, di mana dia menerima bayaran lumayan.

Sementara itu, seorang lagi tahanan di bawah ISA, Rasidah Mazlan, 63, juga sudah dibebaskan selepas RO yang dikenakan ke atasnya sejak Mac 2019 berakhir bulan ini.

Wanita itu disiasat kerana berhubunga­n dengan pelbagai entiti asing yang disyaki terbabit dengan kegiatan pengganas termasuk individu menzahirka­n sokongan terhadap kumpulan militan Daesh. AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia