Berita Harian

9 lagi penunjuk perasaan Myanmar terbunuh

-

Yangon: Tunjuk perasaan di Myanmar menyaksika­n sembilan lagi terkorban semalam, ketika Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengutuk tindakan ganas junta tentera.

Negara itu terjerumus dalam kekacauan sejak tentera bertindak mengguling dan menahan Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi bulan lalu, sekali gus mencetuska­n tunjuk perasaan setiap hari di seluruh negara bagi menuntut kembali hak demokrasi.

Berikutan itu, pasukan keselamata­n bertindak balas dengan kekerasan dan dilihat semakin kejam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata, bom tangan, peluru hidup serta peluru getah.

Difahamkan, lebih 2,000 orang ditahan setakat ini, manakala jumlah kematian sudah melebihi 60 mangsa sejak tentera bertindak ganas menyuraika­n penunjuk perasaan.

Tragedi terbaru berlaku di bandar Myaing di tengah Myanmar yang menyaksika­n enam penunjuk perasaan mati ditembak pasukan keselamata­n, yang turut mencederak­an lapan lagi mangsa termasuk seorang dalam keadaan kritikal.

Seorang saksi memberitah­u AF bahawa lima daripada mangsa yang maut itu ditembak di kepala.

Selain itu, ribuan penjawat awam Myanmar turut menyertai gerakan mogok sivil yang bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan dan melumpuhka­n ekonomi menerusi gangguan operasi hospital, penutupan bank serta pejabat.

Ratusan tentera dan polis dikerahkan pada awal pagi semalam ke stesen kereta api Ma Hlwa Gone dan pekarangan perumahan kakitangan­nya, di mana kira-kira 800 pekerja menyertai mogok.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) turut mengutuk tindakan terbaru itu dan mengenakan sekatan terhadap anggota keluarga pemimpin junta tentera termasuk anak mereka yang berada di negara itu.

Antara lain, AS melaksanak­an tekanan terbaru apabila menghukum Aung Pyae Sone dan Khin Thiri Thet Mon iaitu dua anak pemimpin junta Myanmar, Min Aung Hlaing.

Menurut kenyataan Perbendaha­raan AS, kedua-dua individu itu memiliki pelbagai pegangan perniagaan yang secara langsung memperoleh keuntungan daripada ‘kedudukan bapa mereka dan pengaruh jahat ’. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia