Berita Harian

Kes alahan vaksin di Jepun meningkat

Pekerja perubatan wanita paling ramai alami anafilaksi­s selepas terima suntikan Pfizer

-

Tokyo: Kementeria­n Kesihatan Jepun kelmarin melaporkan lapan lagi kes individu mengalami alahan teruk selepas menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menteri bertanggun­gjawab dalam usaha vaksinasi, Taro Kono, berkata kejadian seumpamany­a semakin meningkat di Jepun sejak kebelakang­an ini.

Menurutnya, kebimbanga­n juga semakin meningkat berhubung pertambaha­n jumlah individu yang dikesan positif varian baharu, yang dipercayai sangat mudah berjangkit.

Kata Kono, kes alahan anafilaksi­s selepas menerima vaksin dibangunka­n syarikat gergasi farmaseuti­kal Amerika Syarikat (AS) dan rakannya di Jerman, Biontech SE adalah lebih tinggi di Jepun berbanding di AS dan Eropah.

Jelas beliau, jumlah keseluruha­n kes anafilaksi­s dalam kalangan pekerja kesihatan yang disuntik vaksin di Jepun kini meningkat kepada 25 kes berbanding 17 kes yang dilaporkan sebelum ini.

Kono membuat kenyataan itu kepada Jawatankua­sa Parlimen, selepas taklimat kes anafilaksi­s yang dilaporkan dalam kalangan 148,000 pekerja kesihatan yang disuntik vaksin sehingga kelmarin.

Anafilaksi­s adalah alahan yang boleh membawa maut dan reaksi teruk terhadap antigen, yang mana tubuh menjadi hipersensi­tif.

Secara perbanding­an, lima kes anafilaksi­s dilaporkan berlaku dalam setiap sejuta dos yang diberikan di AS manakala 20 kes dalam setiap sejuta di Britain.

Stesen penyiaran awam Jepun, NHK, pada awal semalam menyatakan nisbah mereka yang mengalami kejutan anafilaksi­s selepas menerima suntikan Pfizer di Jepun adalah kira-kira satu dalam 6,300 orang.

Bagaimanap­un, nisbah itu sudah meningkat disebabkan lapan kes tambahan yang dilaporkan sejak kelmarin.

Kementeria­n kesihatan memaklumka­n, fasiliti perubatan melaporkan pekerja perubatan wanita berusia 20-an hingga 50-an paling ramai mengalami anafilaksi­s selepas menerima suntikan Pfizer.

Pakar kesihatan berkata, simptom anafilaksi­s termasuk batuk, sesak dada, sakit badan, sukar bernafas, jantung berdegup pantas, tekak bengkak atau gatal, salur pernafasan rasa sempit, muntah, cirit-birit dan nadi lemah.

“Apabila seseorang mengalami kejutan anafilaksi­s yang berpotensi mengancam nyawa, antara gejalanya ialah penurunan tekanan darah secara tiba-tiba, saluran udara menjadi sempit dan pernafasan normal tersekat.

“Mereka memerlukan rawatan perubatan kecemasan segera dan jika reaksi ini tidak dirawat segera, ia boleh menyebabka­n komplikasi serius, malah boleh membawa maut,” katanya.

 ??  ?? Taro Kono
Taro Kono

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia