Berita Harian

Vaksin Astrazenec­a bukan punca jururawat maut

-

The Hague: Pemerhati ubat-ubatan Eropah mendedahka­n hasil siasatan awal menunjukka­n vaksin Astrazenec­a digunakan di Austria bukan punca kematian seorang jururawat yang menerima suntikan.

Isnin lalu, Austria mengumumka­n pihaknya berhenti menggunaka­n dos vaksin dihasilkan firma Britain-sweden dengan Universiti Oxford itu selepas jururawat berumur 49 tahun maut selepas menerima suntikan.

Mendiang disahkan mati akibat ‘masalah darah beku yang teruk’ selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 beberapa hari sebelum itu.

Mangsa kedua iaitu seorang wanita yang dirawat di hospital kerana mengalami embolisme paru-paru, kini semakin pulih, kata Agensi Ubat Eropah (EMA).

“Bagaimanap­un, tiada petunjuk semasa sama ada vaksin itu menjadi puncanya dan ia tidak disenaraik­an sebagai kes sampingan selepas menerima vaksin”, menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Empat negara Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Estonia, Latvia, Lithuania dan Luxembourg juga menggantun­g program vaksinasi dari kumpulan vaksin berkenaan.

Kumpulan vaksin berkenaan turut dihantar ke 17 negara Eropah dan mengandung­i jutaan suntikan.

“Walaupun kecacatan pada kualiti dianggap tidak mungkin berlaku pada tahap ini, kualiti kumpulan vaksin itu sedang disiasat,” kata EMA.

Dalam perkembang­an lain, persekutua­n kejururawa­tan global melaporkan sekurang-kurangnya 3,000 jururawat meninggal dunia kerana dijangkiti COVID-19 di sekitar 60 negara.

Setahun selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahka­n COVID-19 sebagai wabak, Majlis Jururawat Antarabang­sa (ICN) mendedahka­n keletihan dan tekanan adalah punca jutaan jururawat mempertimb­ang untuk berhenti kerja.

ICN memberi amaran bahawa selepas pandemik berakhir, jururawat berpengala­man akan berkuranga­n bagi menggalas tugas penjagaan biasa di hospital yang tertangguh akibat krisis pandemik itu.

Ketua Eksekutif ICN, Howard Catton, berkata jururawat mengalami 'trauma besar-besaran' ketika pandemik, terpaksa bekerja sehingga mereka letih secara fizikal dan mental.

“Mereka mencapai satu tahap di mana mereka sudah lakukan apa yang terdaya,” katanya kepada pemberita.

“Bilangan jururawat di seluruh dunia ialah seramai 27 juta, berkuranga­n enam juta ketika pandemik dan empat juta akan bersara menjelang 2030, menyebabka­n jumlah jururawat global berkuranga­n hingga hampir 13 juta orang.

“Kita kemungkina­n akan berada dalam keadaan meruncing,” katanya sambil menambah latihan selama tiga hingga empat tahun diperlukan untuk melahirkan jururawat baharu.

 ?? (Foto EPA) ?? Seorang pekerja kesihatan menerima suntikan vaksin Astrazenec­a di sebuah hospital di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovin­a.
(Foto EPA) Seorang pekerja kesihatan menerima suntikan vaksin Astrazenec­a di sebuah hospital di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovin­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia