Berita Harian

UK nafi sekat eksport vaksin

-

London: Britain kelmarin dengan tegas menolak dakwaan Kesatuan Eropah (EU) menyatakan ia melarang eksport vaksin COVID-19, dalam perselisih­an terbaru berhubung bekalan sejak Brexit berkuat kuasa sepenuhnya.

Ketua Majlis Eropah, Charles Michel, mendakwa London mengenakan ‘larangan sepenuhnya terhadap eksport vaksin atau komponen vaksin yang dihasilkan di wilayah mereka’.

Bagaimanap­un, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, membidas dakwaan itu selepas pegawai kerajaan memanggil seorang pegawai kanan EU untuk mengadakan pertemuan bagi ‘memperbetu­lkan rekod’.

“Saya perlu jelaskan, kami tidak menyekat eksport satu pun vaksin COVID-19 atau komponen vaksin.

“Wabak ini meletakkan kita semua di pihak yang sama dalam peperangan untuk kesihatan global. Kami menentang nasionalis­me vaksin dalam semua bentuk,” katanya ketika berucap di Parlimen United Kingdom (UK).

Maklum balas Johnson itu dibuat selepas penafian segera oleh Setiausaha Luar Negeri, Dominic Raab, pada malam Selasa lalu, yang menolak sama sekali kenyataan Michel dengan menyifatka­nnya sebagai ‘benar-benar salah’.

Michel kemudian menarik balik kenyataann­ya, namun timbalan ketua misi EU ke UK diarah hadir di Kementeria­n Luar UK bagi menerima surat mengandung­i mesej keras membidas kenyataan terbabit.

EU sebelum ini mendakwa, ketika 30 peratus vaksin yang dihasilkan di blok itu dieksport, Britain belum mengeluark­an sebarang data mengenai jumlah vaksin yang dihasilkan di negaranya yang dieksport.

Britain hanya mempunyai dua kilang yang mengeluark­an vaksin Astrazenec­a dan berdasarka­n kontrak ditandatan­gani antara syarikat serta kerajaan Britain, keutamaan diberi kepada usaha suntikan tempatan.

Kami tidak sekat eksport vaksin COVID-19 atau komponen vaksin. Wabak ini meletakkan kita semua di pihak yang sama dalam peperangan untuk kesihatan global.

Boris Johnson

Perdana Menteri Britain

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia