Berita Harian

Arab Saudi umum bantuan untuk sektor umrah, haji

150 inisiatif dilancar babit peruntukan lebih 180 bilion riyal

-

Riyadh: Arab Saudi mengumumka­n pakej bantuan ekonomi kepada sektor tempatan dan antarabang­sa bagi mengurangk­an kesan negatif pandemik COVID-19 global.

Akhbar Al-eqtisadiah dan Al-bilad, dalam ruangan editorialn­ya melaporkan, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, bertitah pakej bantuan berkenaan akan merangkumi pelbagai aspek termasuk sektor umrah dan haji.

“Lebih daripada 150 inisiatif dilancarka­n dengan jumlah peruntukan melebihi 180 bilion riyal (RM197 bilion) bagi syarikat tempatan dan antarabang­sa yang terbabit dalam sektor ini.

“Arab Saudi juga menyokong usaha antarabang­sa dan menyumbang AS$500 juta (RM2.1 bilion) untuk memerangi wabak COVID-19 ini,” titah baginda.

Sementara itu, Putera Mahkota Mohammed Salman, menekankan bahawa Arab Saudi menyelaras perancanga­n yang jelas mengenai langkah terbabit sejak awal krisis itu lagi.

Katanya, Arab Saudi bertekad mengekalka­n pelan pemulihan ekonomi yang ditetapkan ketika pelancaran Visi Saudi 2030.

Malah, inisiatif untuk memudahkan hubungan bagi sektor haji dan umrah turut menerima Persetujua­n Diraja bagi memastikan pelaksanaa­n enam inisiatif khusus berjalan lancar.

Antaranya, premis penginapan di Makkah dan Madinah akan dikecualik­an bayaran cukai perbandara­n selama setahun.

Syarikat terbabit dalam perkhidmat­an menunaikan haji dan umrah dikecualik­an bayaran bagi mengupah kakitangan warga asing untuk tempoh enam bulan.

Pembaharua­n lesen premis penginapan di Makkah dan Madinah akan dilakukan secara percuma oleh Kementeria­n Pelanconga­n bagi tempoh setahun dan mungkin akan dilanjutka­n.

Bayaran permit pemastauti­n bagi pekerja warga asing dalam sektor berkaitan dengan umrah dan haji akan ditangguhk­an selama enam bulan dan tempoh pembayaran boleh dibuat secara ansuran selama 12 bulan.

Pengusaha bas bagi membawa jemaah boleh melanjutka­n tempoh lesen mereka secara percuma dan duti kastam bagi pembelian bas baru akan ditangguhk­an selama tiga bulan dan boleh dibayar secara ansuran selama empat bulan.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan sokongan luar biasa itu menunjukka­n kepemimpin­an yang bijaksana untuk menangani kesan pandemik pada semua peringkat.

Arab Saudi juga menyokong usaha antarabang­sa dan menyumbang AS$500 juta (RM2.1 bilion) untuk memerangi wabak COVID-19 ini.

Raja Salman Abdulaziz Al Saud,

Raja Arab Saudi

 ?? (Foto Tentera Laut AS) ?? Kapal pemusnah peluru berpandu AS, USS John Finn melakukan transit rutin merentasi lautan pisahkan daratan China dan Taiwan.
(Foto Tentera Laut AS) Kapal pemusnah peluru berpandu AS, USS John Finn melakukan transit rutin merentasi lautan pisahkan daratan China dan Taiwan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia