Berita Harian

Kapal perang AS rentas Selat Taiwan

-

Taipei: Tentera laut Amerika Syarikat (AS) mengesahka­n kapal perangnya merentasi Selat Taiwan sehari selepas mengeluark­an amaran mengenai kemungkina­n China mahu ceroboh Taiwan.

Seorang komander tertinggi AS memberi amaran berhubung ancaman penceroboh­an China ke atas Taiwan itu dan meramalkan ia mungkin berlaku dalam tempoh enam tahun.

Sehubungan itu, kapal pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh Burke, USS John Finn, melakukan transit rutin semalam merentasi lautan yang memisahkan daratan China dan Taiwan, kata Armada Ketujuh AS.

“Pelayaran ini adalah yang ketiga sejak Presiden AS, Joe Biden, memegang jawatan, sekali gus menunjukka­n komitmen AS ke atas Indo-pasifik yang bebas dan terbuka,” katanya dalam kenyataan.

Kapal perang AS secara berkala melakukan latihan di selat berkenaan, sering mencetuska­n kemarahan Beijing, yang mendakwa Taiwan dan perairan sekitarnya sebahagian wilayahnya.

AS dan banyak negara lain menganggap laluan terbabit sebagai perairan antarabang­sa yang terbuka bagi kegunaan semua orang.

Transit terbaru itu berlaku pada hari yang sama Beijing menuduh pegawai tertinggi tentera AS di Asia-pasifik, Laksamana Philip Davidson, berusaha untuk mengancam kuasa ketenteraa­n China di wilayah terbabit.

Pada pendengara­n jawatankua­sa Senat sehari sebelumnya, Davidson mengingatk­an AS akan kehilangan kuasa ketenteraa­n di Pasifik kepada China dan yakin dengan penilaiann­ya bahawa China akan menceroboh Taiwan dalam masa terdekat.

“Saya bimbang mereka (China) akan mempercepa­tkan cita-cita untuk menggantik­an AS dan kepemimpin­annya pada peringkat antarabang­sa menjelang 2050,” katanya. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia