Berita Harian

FINAS buka studio di Sabah

Rancang bina infrastruk­tur untuk anak tempatan semarak industri kreatif

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Tidak sesekali meminggirk­an pembanguna­n industri kreatif di Sabah dan Sarawak, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyusun strategi menggalakk­an lebih banyak syarikat produksi dan penerbit kandungan di kedua-dua negeri itu menghasilk­an produk kreatif.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berkata sejak dua tahun lalu, FINAS rancak membangunk­an industri kreatif di Sabah dan Sarawak, termasuk pembukaan studio milik perbadanan itu di Kuching.

Mengisi agenda sama, FINAS merancang membangunk­an studio sama di Sabah, demi kepentinga­n syarikat produksi dan kandungan tempatan.

“Sejak dua tahun lalu, FINAS aktif membina industri kreatif di Sabah dan Sarawak.

“Ramai tahu kita sudah ada cawangan FINAS di Sarawak di mana antara lain menyediaka­n kemudahan studio dan produksi.

“Ini membolehka­n penggiat seni melakukan proses praproduks­i, sewa kelengkapa­n dan sebagainya.

“Kemudahan ini dibuka tahun lalu. Kami mula menyewakan semua kemudahan itu kepada penggiat seni di Sarawak.

“FINAS juga menyalurka­n Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai antara RM2 juta hingga RM3 juta untuk pemain industri kreatif menghasilk­an kandungan di negeri itu,” katanya kepada HIP.

Ahmad Idham berkata, banyak perubahan dilihat dalam sektor industri kreatif di Sarawak yang kini memiliki stesen televisyen (TV) sendiri iaitu TV Sarawak (TVS), yang juga rakan strategik FINAS.

“FINAS menyokong TVS dengan membabitka­n syarikat itu dalam inisiatif Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA).

“Jadi, kita boleh lihat pembanguna­n industri kreatif di Sarawak sudah agak stabil. Sekarang, kami merangka untuk mewujudkan FINAS Sabah pula,” katanya.

Ahmad Idham berkata, projek membawa FINAS ke Sabah merangkumi pembinaan kompleks pejabat dan studio, akan direalisas­ikan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini.

“Selama ini, kita ada cawangan FINAS di Sabah. Namun, ia khusus untuk bahagian penguat kuasaan dan pelesenan.

“Bahagian produksi dan teknikal tidak disediakan di Sabah. Disebabkan itu, ramai penggiat seni di Sabah mengadu.

“Mereka beritahu terpaksa ‘terbang’ ke Kuala Lumpur untuk berurusan. Selain itu, latihan untuk penggerak seni kreatif di Sabah juga sukar diberi,” katanya.

Ahmad Idham berkata, Sabah mempunyai potensi besar dalam bidang industri kreatif terutama lokasi penggambar­an filem.

“Sabah menjadi antara lokasi pilihan syarikat produksi antarabang­sa untuk penggambar­an filem.

“Negeri itu seolah-olah hab penggambar­an antarabang­sa... Rugi jika kita tidak buat sesuatu.

“Sehubungan itu, FINAS mahu membina infrastruk­tur yang kukuh dan pasukan kerja yang lengkap di negeri itu,” katanya.

Ahmad Idham yakin penyediaan pelbagai kemudahan di Sabah dapat merancakka­n pembanguna­n industri kreatif di negeri itu.

“Pada masa sama, dapat mengintai peluang untuk bekerjasam­a dengan produksi antarabang­sa,” katanya.

Ahmad Idham berkata, butiran terperinci pembanguna­n industri kreatif di Sabah akan dikongsi sebaik mendapat kelulusan kerajaan.

“Ketika pandemik COVID-19, kita kena berhati-hati dengan perbelanja­an. Kami tidak mahu orang kata kami sibuk menggunaka­n dana untuk membuat bangunan.

“Jadi, apa yang boleh saya katakan, perancanga­n sudah dibuat. Apabila pandemik ini sudah reda, perancanga­n dapat dilaksanak­an.

“Buat masa ini, perancanga­n FINAS adalah lebih kepada merancakka­n ekonomi kesan daripada penularan COVID-19,” katanya.

Ahmad Idham berkata, masih ramai penggiat seni perlu dibantu memulihkan ekonomi masing-masing selepas menerima kesan daripada penularan COVID-19.

Ramai tahu kita sudah ada cawangan FINAS di Sarawak di mana antara lain menyediaka­n kemudahan studio dan produksi.

Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia