Berita Harian

Ada produksi ambil ringan SOP di lokasi

-

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menerima teguran umum mengenai pelanggara­n prosedur operasi standard (SOP) di lokasi penggambar­an, ketika kerajaan membenarka­n aktiviti syarikat produksi diteruskan demi kepentinga­n penggiat seni.

Kesal dengan tindak-tanduk segelintir syarikat produksi yang mengambil ringan soal pematuhan SOP, Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid tidak mahu imej penggerak industri kreatif dipandang rendah, ketika seluruh negara ‘berperang’ melawan COVID-19.

“Saya menerima beberapa teguran umum mengenai pelanggara­n SOP di lokasi penggambar­an.

“FINAS mahu syarikat produksi tidak mengambil mudah mengenai pematuhan SOP.

“Kita tidak mahu disiplin penggiat seni dipandang rendah di mata umum, sekali gus menjadi penyebab kepada penularan COVID-19,” katanya kepada HIP.

Sehubungan itu, Zakaria berkata, FINAS tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk menghentik­an penggambar­an serta-merta jika ada syarikat produksi ingkar SOP.

Tambahnya, pekerja industri kreatif perlu sentiasa peka dalam pematuhan SOP agar kebenaran menyambung penggambar­an tidak ditarik balik.

“Warga industri kreatif juga tidak mahu perkara seperti itu terjadi. Justeru, setiap individu perlu menjalanka­n tanggungja­wab masing-masing bagi mengelak wujudnya kluster COVID-19 dalam kalangan kita, katanya.

Dalam perkembang­an lain, Zakaria mengingatk­an syarikat produksi tempatan yang menerima Dana Kandungan Digital (DKD) agar menyiapkan kerja penggambar­an dalam tempoh ditetapkan.

“Sejak tahun lalu, FINAS menawarkan 210 peluang pekerjaan atau projek bagi menjana pendapatan penggiat seni.

“FINAS ingin mengingatk­an syarikat produksi terbabit merancang sebaik-baiknya kerja penggambar­an supaya produk boleh disiapkan mengikut jadual.

“Kami sangat tegas dalam memastikan tiada projek terbengkal­ai seperti lalu, yang menyebabka­n kerugian dana kerajaan,” katanya.

Sebagai agensi pelaksana DKD, Zakaria berharap, usaha FINAS untuk merancakka­n ekonomi penggiat industri kreatif tidak dipersia-siakan.

Sementara itu, demi membantu kelangsung­an hidup penggiat seni seperti ditetapkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, FINAS akan mengedarka­n surat tawaran kepada 65 syarikat produksi, tidak lama lagi.

“Dengan banyaknya tawaran kerja ketika pandemik, FINAS yakin penerbit dan syarikat produksi boleh menyiapkan kerja mengikut jadual,” katanya.

Kita tidak mahu disiplin penggiat seni dipandang rendah di mata umum, sekali gus menjadi penyebab kepada penularan COVID-19.

Zakaria Abdul Hamid,

Pengerusi FINAS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia