Berita Harian

The Reds diselamat dua gol pantas

Salah lega Liverpool tak terkesan prestasi hambar di EPL

-

Budapest: Liverpool menewaskan RB Leipzig untuk mara ke suku akhir Liga Juara-juara dengan kemenangan 2-0 di sini, semalam menerusi dua gol babak kedua seterusnya menang dengan agregat 4-0.

Mengulangi dua gol pantas pada perlawanan pertama, Mohamed Salah dan Sadio Mane sekali lagi meledak dalam tempoh empat minit bagi mencipta kemenangan dan menghidupk­an peluang Liverpool menyelamat­kan musim domestik dengan kejayaan di Eropah.

“Ia kemenangan bermakna buat kami,” kata Salah kepada BT Sport.

“Kami tewas beberapa perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), pasukan ini bukan berada pada tahap terbaik, tapi kami mahu bertarung dalam Liga Juara-juara.

“Memang sukar dalam EPL, semua orang boleh melihatnya. Beberapa tahun sebelum ini kami menang, kami beraksi baik. Tahun ini kami berdepan beberapa kecederaan, jadi kami tidak bernasib baik, kami cuba memperbaik­inya tetapi ia sukar.”

Selepas enam kekalahan berturut-turut di Anfield dan jatuh ke kedudukan kelapan EPL, skuad Jurgen Klopp tampak lega beraksi di luar dengan perlawanan kedua berlangsun­g di Hungary kerana halangan penerbanga­n akibat COVID-19.

Ketika The Reds menunjukka­n gaya menyerang, mereka melepaskan beberapa peluang pada babak pertama.

Diogo Jota sepatutnya membuka jaringan pada minit ke-18 tetapi penyerang Portugal itu menanduk terus kepada penjaga gol RB Leipzig, Peter Gulacsi.

Pada pertengaha­n babak pertama, sepakan akrobatik Thiago Alcantara memberikan bola buat Salah di kiri tetapi sepakannya dihalang Gulacsi dan Mane gagal menyudahka­n bola yang melantun.

Selepas setengah jam, Salah gagal menyudahka­n peluang dari jarak dekat selepas menerima hantaran lintang Trent Alexander-arnold.

 ?? (Foto AFP) ?? Salah (kanan) cuba melepasi pertahanan RB Leipzig dalam aksi Liga Juara-juara.
(Foto AFP) Salah (kanan) cuba melepasi pertahanan RB Leipzig dalam aksi Liga Juara-juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia