Berita Harian

Penonton ke stadium tak perlu ujian calitan

Protokol pengurusan dihantar MKN minggu depan

-

Putrajaya: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memaklumka­n penonton yang bakal hadir ke stadium bagi menyaksika­n perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini tidak perlu melakukan ujian calitan.

Katanya, selagi mana ia tidak mengganggu konsep gelembung sukan yang digunakan untuk perjalanan Liga M ketika ini, penonton tidak perlu melakukann­ya.

“Kalau dalam kawasan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), mereka boleh masuk sahaja.

“Cuma, yang turun ke padang dan berkemungk­inan ada kontak rapat, mereka perlu melakukann­ya. Ini bagi memastikan keselamata­n dapat dijaga dan memastikan penjarakan itu sentiasa ada,” katanya ketika ditemui selepas melancarka­n Skim Pembiayaan Industri Sukan di sini, semalam.

Reezal berkata, pihaknya akan membentang­kan protokol pengurusan penonton kepada Jawatankua­sa Teknikal Majlis Keselamata­n Negara (MKN) minggu depan untuk mendapatka­n kebenaran kehadiran penyokong bola sepak ke stadium.

Katanya, protokol pengurusan sukan itu akan diperincik­an oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bersama Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) serta semua pemegang taruh dengan cadangan awal adalah membabitka­n kebenaran masuk penonton sebanyak 10 peratus atau 4,000 orang.

“Kita juga perlu lihat dari segi pembahagia­n penonton untuk pasukan tuan rumah dan pelawat yang turut membabitka­n soal rentas negeri atau kemungkina­n mewujudkan pra pendaftara­n kepada penyokong yang akan hadir ke stadium.

“Ini semua perlu diperhalus­i dengan terperinci agar bila dilaksanak­an nanti ia dilihat sempurna. Paling penting ia tidak melanggar SOP PKP yang ditetapkan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia