Berita Harian

‘Apa dah jadi Sri Pahang’

-

Kuala Lumpur: Apa sudah jadi dengan Sri Pahang?

Itu persoalan yang bermain di fikiran penyokong skuad Tok Gajah selepas pasukan yang sebelum ini digelar sebagai gergasi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) masih belum mengutip sebarang mata setakat ini.

Tewas dua perlawanan awal berturut-turut dan berada di kedudukan tercorot Liga Super adalah satu perkara memalukan buat pasukan yang memiliki nama besar seperti Sri Pahang.

Biarpun aksi keseluruha­n anak buah Thomas Dooley dalam dua perlawanan awal musim ini tidaklah terlalu teruk, namun kesilapan individu khususnya di bahagian pertahanan tampak menjadi punca utama skuad itu tewas.

Aksi berdepan Perak di gelanggang sendiri kelmarin juga menyaksika­n kesilapan penjaga gol, Helmi Eliza Elias

yang keluar dari kawasan penalti dan gagal mengagak kedudukan bola menyaksika­n Farhan Roslan meledak jaringan kedua Bos Gaurus.

Dooley menjelaska­n dia akan melihat kembali video perlawanan itu bagi mengenal pasti apa masalah sebenar pasukannya yang gagal meraih sebarang mata.

“Saya akan lihat kembali video (perlawanan) apa masalah kami. Sebagai pemain profesiona­l anda tidak boleh hanya datang latihan, berlatih dan pulang ke rumah.

“Jadi anda juga bertanggun­gjawab untuk melihat apa kesilapan yang anda buat, kenapa ia berlaku dan bagaimana kita patut lakukan lebih baik.

“Anda perlu lakukan di rumah menyaksika­n perlawanan dan lihat kesilapan, fikirkan apa yang perlu dilakukan untuk keputusan lebih baik dan belajar untuk masa akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia