Berita Harian

MU tak puas hati, hantar surat bantahan

-

Kuala Lumpur: Melaka United (MU) menuntut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengadil, Mohd Fairuzi Md Desa atas mutu pengadilan lemah selain pemain PJ City FC, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri yang melakukan simulasi untuk mendapatka­n penalti.

Ketua Pegawai Eksekutif MU, Datuk Saiful Mat Sapri mengesahka­n pihaknya sudah menghantar surat bantahan yang dilampirka­n bersama bahan bukti kepada badan induk itu supaya siasatan dapat dijalankan dan tindakan sewajarnya boleh diambil.

“Kita sangat tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang dirasakan tidak profesiona­l dan keputusan itu memberi kesan kepada pemain dan pasukan ini. Kita harap FAM boleh mengambil tindakan kepada pengadil dan pemain PJ City FC itu juga.

“Kita sudah hantar surat bantahan yang turut disertakan dengan kepingan gambar insiden itu, video simulasi, ‘post mortem’ kita sendiri selain rakaman perbualan pembantu pengadil yang menyatakan tiada sepakan penalti dan pemain PJ City FC patut menerima kad kuning.

“Jadi, kita harap tindakan sewajarnya dapat diambil supaya kejadian ini tidak akan berulang pada perlawanan yang akan datang,” katanya kepada BH Sukan semalam.

Terdahulu, pertembung­an antara PJ City FC dan MU yang berlangsun­g di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelmarin mencuri tumpuan namun bukan kerana jaringan gol atau corak permainan tetapi kerana mutu pengadilan.

Menerusi insiden yang berlaku pada minit ke-80, Fairuzi menghadiah­kan sepakan penalti kepada tuan rumah selepas membuat keputusan yang pemain MU, S Kumaahran mengasari Ahmad Khairil di dalam kotak penalti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia