Berita Harian

Suntikan RM20 juta

4,307 usahawan dapat manfaat Skim Pembiayaan Industri Sukan

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Reezal

Putrajaya: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC), semalam melancarka­n Skim Pembiayaan Industri Sukan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membantu pemain industri yang terjejas susulan pandemik COVID-19.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata skim berkenaan dijangka dapat memberi manfaat kepada 4,307 usahawan industri sukan dan rekreasi membabitka­n pengusaha, operator fasiliti sukan dan premis yang berdaftar di bawah sistem COVID-19 Intelligen­t Management System (CIMS 3.0) yang dibangunka­n Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Katanya, skim yang dilaksanak­an bersama Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dan Bank Rakyat itu mampu mewujudkan sinergi dalam aspek pembiayaan mudah bagi pengusaha dan operator fasiliti sukan pasca COVID-19.

“Diharapkan, skim ini dapat membantu pemain industri yang terjejas untuk bangkit semula seterusnya memperkuku­hkan semula perniagaan selaras dengan penerapan model norma baharu tertakluk kepada SOP (prosedur operasi standard) sektor sukan dan rekreasi di bawah pengurusan pandemik COVID-19,” katanya ketika majlis pelancaran skim berkenaan.

Turut hadir Timbalan Menteri MEDAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Menerusi skim berkenaan, dana sebanyak RM10 juta disalurkan kepada TEKUN Nasional dan RM10 juta kepada Bank Rakyat bagi membantu pengusaha industri sukan di negara ini khususnya yang terjejas teruk disebabkan pandemik COVID-19.

Pemain dan usahawan industri sukan boleh membuat permohonan pembiayaan di antara jumlah minimum RM1,000 sehingga maksimum RM500,000 berdasarka­n syarat ditetapkan.

Skim Pembiayaan Industri Sukan melalui TEKUN Nasional adalah bagi usahawan yang mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM300,000 sementara Bank Rakyat pula bagi usahawan yang mempunyai modal berbayar melebihi RM300,000.

KBS akan menyediaka­n kaunter khas TEKUN dan Bank Rakyat di Menara KBS bagi sebarang pertanyaan serta menerima permohonan daripada pemain industri.

Bagi sebarang maklumat lanjut, syarat dan cara permohonan skim itu dapat diakses melalui pautan www.tekun.gov.my serta www.irakyat.com.my.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? dan Mas Ermieyati melancarka­n Skim Pembiayaan Industri Sukan di Kementeria­n Belia dan Sukan.
(Foto BERNAMA) dan Mas Ermieyati melancarka­n Skim Pembiayaan Industri Sukan di Kementeria­n Belia dan Sukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia