Berita Harian

Hutan Simpan Tanjung Tuan teruk tercemar, tumpahan minyak jauh meresap dalam bumi

-

Balik Pulau: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perikanan menyiasat punca serta mengambil tindakan bagi menangani pencemaran sungai di Kuala Sungai Pinang di sini.

Ia berikutan tiada tindakan berkesan diambil walaupun nelayan sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkaitan.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata masalah sejak lebih 20 tahun lalu itu dipercayai berpun- ca daripada aktiviti terna- kan udang yang memusnahka­n beratus hektar hutan bakau di kawasan berkenaan yang difahamkan memberi kesan dan menjejaska­n pendapatan kira-kira 300 nelayan di kawasan terbabit.

“Sisa kolam dibuang ke dalam saliran, sungai serta laut berhampira­n menyebabka­n nelayan bimbang sumber pendapatan mereka merosot teruk akibat pencemaran di kawasan itu.

“Sebelum ini, mereka memperoleh pendapatan

RM200 sehari, tetapi sekarang hanya tinggal RM30 hingga RM70 sehari,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Mohideen berkata, tempat hidupan laut membiak sudah terancam, manakala ikan dan udang yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan di situ juga semakin pupus dan selain mencemarka­n, ia menyebabka­n saliran di kawasan itu menjadi cetek akibat mendapan sisa dan bahan terbabit.

“CAP kesal dengan sikap pihak berwajib tidak memberi perhatian sewajarnya terhadap pencemaran serta membiarkan sumber perikanan dan nelayan di sini terus menjadi mangsa.

“Jika masalah ini tidak ditangani dengan berkesan, alam sekitar di kawasan itu akan tercemar dengan lebih serius, malah nelayan yang bergantung hidup kepada hasil sungai dan laut akan putus mata pencarian,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto ihsan CAP) ?? Kuala Sungai Pinang didakwa tercemar lebih 20 tahun akibat sisa buangan daripada aktiviti ternakan udang.
(Foto ihsan CAP) Kuala Sungai Pinang didakwa tercemar lebih 20 tahun akibat sisa buangan daripada aktiviti ternakan udang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia