Berita Harian

SPRM tahan 32 anggota JPJ

-

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 32 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) kerana disyaki melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa muatan lebih serta tidak memenuhi aspek teknikal. Mereka dipercayai menerima sogokan bulanan antara RM150 hingga RM3,000 sejak 2019. Dalam Operasi Sukat di lima negeri, SPRM turut menahan seorang anggota polis trafik, seorang bekas anggota polis trafik dan sepuluh orang awam.

Kuala Lumpur: Seramai 21 kakitangan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) semalam direman bagi membantu siasatan kes rasuah dan melindungi syarikat pengangkut­an yang melanggar Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Mereka antara 44 individu yang ditahan melalui Operasi Sukat digerakkan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di lima negeri kelmarin, majoritiny­a di sekitar utara Semenanjun­g.

Selain anggota dan pegawai JPJ, turut direman lapan individu lain yang disyaki berperanan sama ada sebagai proksi atau orang tengah.

Di Alor Setar, sembilan individu berusia antara 29 dan 63 tahun termasuk lapan kakitangan JPJ negeri direman selepas disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah itu.

Semua suspek ditahan di sekitar Alor Setar dan Kulim, antara jam 8.25 pagi hingga 7.45 malam kelmarin.

Difahamkan, lapan kakitangan JPJ termasuk seorang wanita itu disyaki menerima suapan daripada pengusaha dan pekerja syarikat pengangkut­an bagi mengelak tindakan diambil ke atas lori milik mereka.

Seorang lagi yang direman ialah pesara yang dipercayai berperanan sebagai orang tengah.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, mengesahka­n keseluruha­n 11 individu ditahan susulan operasi khas pihaknya termasuk lapan kakitangan JPJ negeri itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) dan 16(a)(b) Akta SPRM 2009.

Di Perlis pula, seorang lelaki yang ditahan susulan kes sama direman untuk membantu siasatan selepas disyaki berperanan sebagai proksi kepada kegiatan sindiket terbabit.

Di Ipoh, Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab membenarka­n lima individu termasuk tiga penguat kuasa JPJ Perak direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

SPRM melalui kenyataan memaklumka­n, mereka antara lapan penguat kuasa JPJ Perak, Pahang dan Pulau Pinang serta empat proksi yang ditahan melalui operasi khas itu di Perak kelmarin, kerana disyaki terbabit kegiatan sama.

Di Melaka pula, tujuh anggota dan pegawai JPJ negeri antara 11 individu direman antara lima hingga tujuh hari di Mahkamah Majistret Ayer Keroh untuk membantu siasatan kes sama.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia antara 23 hingga 57 tahun itu dikeluarka­n Majistret Lee Kim Keat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Di Georgetown pula, Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Muhammad Azam Md Eusoff, membenarka­n tiga penguat kuasa JPJ direman empat hari bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit kegiatan sama.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 39 hingga 43 tahun ditahan kelmarin selepas dipercayai terbabit kegiatan rasuah untuk melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa muatan lebih serta tidak memenuhi aspek teknikal.

 ??  ?? Sepuluh termasuk lapan
penguat kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar, semalam untuk perintah reman. Gambar kiri, tiga kakitangan JPJ dan dua orang awam direman dalam Ops Sukat, di Ipoh.
Sepuluh termasuk lapan penguat kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar, semalam untuk perintah reman. Gambar kiri, tiga kakitangan JPJ dan dua orang awam direman dalam Ops Sukat, di Ipoh.
 ??  ??
 ??  ?? Kakitangan JPJ Kedah antara suspek lindungi pemandu lori dibawa ke Mahkamah Alor Setar, semalam.
Kakitangan JPJ Kedah antara suspek lindungi pemandu lori dibawa ke Mahkamah Alor Setar, semalam.
 ?? (Foto Danial Saad /BH) ?? Tiga anggota penguat kuasa JPJ dihadapkan ke Mahkamah Majistret
Georgetown, semalam.
(Foto Danial Saad /BH) Tiga anggota penguat kuasa JPJ dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia