Berita Harian

146 anggota polis disaman dalam operasi trafik di pintu masuk Bukit Aman

146 saman dikeluarka­n terhadap anggota polis dalam pemeriksaa­n kenderaan

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengeluark­an 146 saman kepada anggota polis dalam Op Khas (Pemeriksaa­n Kenderaan) secara mengejut di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata sebanyak 280 kenderaan diperiksa dan mengeluark­an 146 jumlah saman atas pelbagai kesalahan seperti nombor pendaftara­n tidak ikut spesifikas­i (fancy), tiada cermin sisi, tiada cukai jalan serta ubah suai ekzos.

Operasi bermula 7 pagi itu berikutan dakwaan tindakan penguatkua­saan ‘terpilih’ oleh polis yang kerap diperkatak­an masyarakat yang mempertika­ikan operasi dan tindakan saman JSPT ke atas pesalah lalu lintas, kononnya hanya membabitka­n orang awam.

“Operasi membabitka­n seramai 15 pegawai dan 35 anggota JSPT, kali ini turut disertai lima pegawai Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) serta seorang pegawai dan empat anggota dari Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“JSPT ingin menegaskan tindakan

Anggota JSPT Bukit Aman

penguatkua­saan yang dilakukan adalah secara menyeluruh. Pegawai, anggota dan pegawai awam di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak terkecuali,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohd Nadzri berkata, objektif utama operasi pemeriksaa­n mengejut diadakan di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah untuk memeriksa kenderaan digunakan warga kerja PDRM yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya, terutama mereka yang mengubah suai kenderaan dan menggunaka­n nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i ditetapkan atau ‘fancy’.

“PDRM kekal tegas dalam memastikan pegawai dan anggotanya supaya sentiasa patuh dan mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya supaya dapat menjadi teladan kepada masyarakat amnya,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto ihsan PDRM) ?? memeriksa motosikal anggota polis dalam Op Khas (Pemeriksaa­n Kenderaan) secara mengejut di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.
(Foto ihsan PDRM) memeriksa motosikal anggota polis dalam Op Khas (Pemeriksaa­n Kenderaan) secara mengejut di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.
 ??  ?? Mohd Nadzri Hussain
Mohd Nadzri Hussain
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia