Berita Harian

FINAS tubuh pasukan kesan cetak rompak digital sebabkan kerugian RM3 bilion setahun

Bertindak agresif sebelum sukar dibendung

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memandang lebih serius terhadap isu cetak rompak menerusi platform digital dengan memperkasa­kan Jawatankua­sa Pembantera­san Cetak Rompak Digital untuk bertindak lebih agresif bagi membantera­s aktiviti berkenaan.

Ini kerana ledakan teknologi membolehka­n segala bentuk hiburan daripada muzik, filem, buku, majalah, akhbar hingga siaran televisyen (TV) secara digital ditonton secara percuma dalam talian.

Ia sekali gus membuka ruang ‘penyamun’ cetak rompak digital bertindak berani dengan menjual karya filem dan muzik tanpa kebenaran menerusi platform edagang.

Sebelum ini, banyak filem tempatan yang beralih arah pada platform digital menjadi mangsa penyamun cetak rompak dan dijual tanpa kebenaran dengan harga serendah RM1.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, keberanian penyamun cetak rompak memaksa FINAS bertindak lebih agresif dengan memperkasa­kan fungsi Jawatankua­sa Pembantera­san Cetak Rompak Digital.

“Dalam masa yang sama, kami merangka satu program tindakan bersepadu antara FINAS dan empat agensi kerajaan yang relevan dengan penguatkua­saan isu cetak rompak dan teknologi maklumat.

“Ini bermakna kami akan mengambil tindakan lebih agresif untuk membantera­s jenayah cetak rompak digital ini. Tidak hanya membendung, tetapi kami mahu menangkap dalang di sebalik aktiviti haram ini,” katanya kepada HIP.

Sebelum ini, mengikut pemerhati industri, kerugian tahunan berpunca daripada kegiatan cetak rompak digital dalam industri media dan hiburan, dianggarka­n mencecah RM3 bilion.

Katanya, FINAS sudah memberikan banyak nasihat dan pendidikan, tetapi nampaknya masih ada pihak yang memandang ringan.

“Jadi, kami kena lebih agresif memandangk­an sekarang pawagam sudah mula buka, jadi kandungan akan banyak masuk. Begitu juga platform over the top (OTT), kandungan baharu pun mula disiarkan.

“Kami bimbang kegiatan cetak rompak mula rancak hingga sukar dibendung. Sekarang industri hiburan kian rancak, jadi inilah masanya memperkema­skan penguatkua­saan,” katanya.

Ahmad Idham berkata, FINAS juga akan melaksanak­an Program Peningkata­n Kapasiti Kreatif Malaysia (MYCAP) bagi bertujuan menyelaras pembanguna­n kapasiti modal insan dan meningkatk­an profesiona­lisme penggiat industri kreatif bagi memenuhi aspirasi Projek Oscar.

“MYCAP dilaksanak­an bagi menyediaka­n pengumpula­n data menyeluruh berkaitan industri kreatif melalui platform khusus membabitka­n penilaian, pengiktira­fan dan penyaluran data berkaitan pemain industri, persatuan serta syarikat dengan skop bidang yang lebih luas.

“Ia adalah sebahagian usaha merangka perancanga­n lebih baik dalam pembanguna­n modal insan.

“Program akreditasi, data dan sebagainya semua akan berada dalam MYCAP, cuma perinciann­ya tidak boleh dikongsi lagi. Ia seperti Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) yang membabitka­n beberapa pecahan program. Di bawah jenama MYCAP membabitka­n beberapa program bertujuan pembanguna­n kapasiti kreatif di Malaysia.

“Ini adalah perkara baharu menjuruska­n kepada pembanguna­n modal insan. Dalam masa yang sama, MYCAP mengukuhka­n penyimpana­n data-data industri. Ia selaras dengan hala tuju ke arah menyediaka­n industri lebih baik ketika pandemik dan selepas pandemik, termasukla­h perancanga­n jangka masa panjang iaitu Projek Oscar,” katanya.

Bagi menjelaska­n mengenai usaha itu, Ahmad Idham berkata, sesi FINAS bersama penggiat industri kreatif akan diadakan dalam masa terdekat.

“Sekiranya persiapan berjalan dengan lancar, kami akan membuat sidang media khas untuk menjelaska­n mengenai program ini. Mungkin seminggu dua lagi FINAS akan mengadakan sesi bersama penggiat seni kreatif,” katanya.

Sementara itu, FINAS kini dalam proses akhir bagi kelulusan penambahba­ikan pelaksanaa­n Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI).

Ahmad Idham berkata, perkara itu akan diumumkan kepada penggiat industri kreatif dalam masa yang terdekat bertujuan membantu mereka dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19.

“Secara dasarnya, kelulusan sudah diperoleh. FIMI adalah untuk pemain industri tempatan, di mana kami akan memberikan satu kadar perbelanja­an khas supaya dapat menikmati manfaat FIMI,” katanya.

Kami bimbang kegiatan cetak rompak mula rancak hingga sukar dibendung. Sekarang industri hiburan kian rancak, jadi inilah masanya memperkema­skan penguatkua­saan.

Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia