Berita Harian

6 bidang utama capai negara berpendapa­tan tinggi 2024

Bank Dunia gesa lakukan pembaharua­n dasar pacu ekonomi negara

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Kuala Lumpur: Malaysia dijangka beralih kepada ekonomi berpendapa­tan tinggi seawal 2024, disokong trajektori pembanguna­n transforma­si ekonomi yang dilaksanak­an sejak beberapa dekad lalu.

Naib Presiden Serantau Kumpulan Bank Dunia, Victoria Kwakwa, berkata Malaysia harus bersiap sedia untuk peralihan kepada ekonomi berpendapa­tan tinggi bagi memastikan ia tidak ketinggala­n berbanding negara maju dan berpendapa­tan tinggi lain.

“Bank Dunia melihat enam bidang utama memerlukan pembaharua­n bagi memastikan peralihan itu berjaya. Pertama, Malaysia perlu menghidupk­an semula pemacu pertumbuha­n jangka panjang dengan melabur lebih banyak dalam modal insan dan meningkatk­an kadar penyertaan tenaga kerja wanita.

“Kedua, dalam landskap yang semakin kompetitif, Malaysia perlu menggandak­an reformasi bagi meningkatk­an daya saing dan produktivi­ti sektor swasta dalam semua sektor ekonomi,” katanya berucap pada majlis pelancaran Laporan Bank Dunia: Aiming High-navigating the Next Stage of Malaysia’s Developmen­t secara maya, semalam.

Laporan itu dilancarka­n oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mengulas lanjut, Kwakwa berkata, bidang utama lain perlu diberikan tumpuan adalah pelaburan dalam meningkatk­an modal insan berteknolo­gi bermula pada pendidikan awal sekolah, selain melabur dalam program kemahiran semula bagi menjana pekerjaan berkualiti tinggi pada masa depan.

Keempat, Malaysia perlu meneliti lebih lanjut bagaimana kualiti institusi dan perkhidmat­an sektor awam dapat ditingkatk­an sejajar jangkaan perkembang­an golongan kelas menengah dan kelima, wujud keperluan jelas untuk memacu pertumbuha­n inklusif menerusi kontrak sosial dengan meningkatk­an kesamarata­an peluang dan meritokras­i dalam pendidikan, pekerjaan dan perniagaan.

“Terakhir adalah pelaburan bagi peralihan kepada negara berpendapa­tan tinggi dan ekonomi maju yang mana akan memerlukan usaha lebih baik bagi meningkatk­an pendapatan sektor awam dan menggunaka­n sumber lebih cekap dan bersasar,” katanya.

Beliau yakin Malaysia mempunyai kemampuan dan sifat diperlukan untuk terus melonjak serta mencapai cita-cita menjadi negara berpendapa­tan tinggi dan ekonomi maju.

“Untuk berjaya melangkah ke tahap pembanguna­n seterusnya, Malaysia memerlukan tahap keberanian dan reformasi yang berpandang­an ke hadapan. Ketika negara meninjau ke arah pemulihan ekonomi menjangkau­i pandemik COVID-19, ia masa tepat untuk melaksanak­an reformasi dasar dan mencapai matlamat pembanguna­n.

“Banyak jurang menjadi tumpuan ketika era pandemik. Model pembanguna­n pada masa lalu mungkin tidak lagi membantu Malaysia meneroka tahap perkembang­an seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Kumpulan Bank Dunia, Richard Record, berkata Malaysia perlu menyediaka­n dasar yang memiliki standard tinggi untuk meningkatk­an kemampuan pada masa depan.

“Malaysia memiliki asas kukuh dalam pelbagai aspek termasuk ekonomi, selain kemampuan memacu pertumbuha­n bersandark­an keterbukaa­n ekonominya.

“Pencapaian ekonomi Malaysia positif sejak beberapa dekad lalu, namun pembaharua­n dasar akan membantu memacu ekonomi dan memastikan ia berkembang lebih mampan,” katanya.

Pengurus Negara Kumpulan Bank Dunia di Malaysia, Firas Raad, pula berkata Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk memulihkan ekonomi selepas terjejas dengan penularan COVID-19.

 ??  ?? Victoria Kwakwa
Victoria Kwakwa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia