Berita Harian

Laksana reformasi kekalkan pertumbuha­n

-

Kuala Lumpur: Malaysia perlu melaksanak­an beberapa langkah bagi meningkatk­an ekonomi menjadi negara berpendapa­tan tinggi dan mengekalka­n pertumbuha­n saksama menjangkau­i pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kerajaan komited untuk terus menilai kualiti, keterangku­man dan kesinambun­gan pertumbuha­n negara bagi mencapai status negara berpendapa­tan tinggi dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Malaysia membina asas yang baik, tetapi kami juga menyedari keperluan untuk menyuntik lebih banyak pelaburan dalam pembanguna­n modal insan berkualiti tinggi bagi membantu mewujudkan peluang ekonomi lebih besar.

“Negara juga perlu melabur dalam pembentuka­n generasi seterusnya bagi produktivi­ti tinggi termasuk dasar dan pertumbuha­n sektor swasta yang diterajui inovasi.

“Dalam laporan Bank Dunia, Malaysia berkemungk­inan beralih kepada ekonomi berpendapa­tan tinggi antara 2024 hingga 2028. Namun untuk mencapainy­a, kita perlu menyertai pencapaian ekonomi utama dan maju lain,” katanya.

Dalam laporan itu, Pendapatan Negara Kasar (PNK) perkapita Malaysia berada pada AS$11,200 kurang hanya AS$1,335 daripada tahap ambang semasa yang menentukan peralihan kepada ekonomi berpendapa­tan tinggi.

Menurut Bank Dunia, kemajuan ke tahap ambang menjadi perlahan kesan COVID-19, namun Malaysia berpeluang melaksanak­an reformasi jelas untuk mengekalka­n pertumbuha­n masa depan.

Tengku Zafrul berkata, inisiatif dilaksanak­an kerajaan juga dilihat mampu memastikan pertumbuha­n berterusan terutama dalam memanfaatk­an peluang ekonomi pasca COVID-19.

Malaysia juga katanya, mampu kembali ke landasan tepat untuk mencapai status negara berpendapa­tan tinggi dalam lima tahun termasuk Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) menjelang 2030.

Menuju ke hadapan, beliau menjelaska­n, Malaysia perlu mewujudkan landasan baharu bagi mencapai pertumbuha­n lebih kepada berintensi­fkan pengetahua­n dan pertumbuha­n dipacu produktivi­ti.

 ?? (Foto FB Tengku Zafrul) ?? Tengku Zafrul menyampaik­an ucaptama sempena majlis pelancaran Laporan Bank Dunia: Aiming High-navigating the Next Stage of Malaysia’s Developmen­t secara maya, semalam.
(Foto FB Tengku Zafrul) Tengku Zafrul menyampaik­an ucaptama sempena majlis pelancaran Laporan Bank Dunia: Aiming High-navigating the Next Stage of Malaysia’s Developmen­t secara maya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia