Berita Harian

Seri Paduka berkenan lawat Pusat Vaksinasi KKKL

-

Kuala Lumpur: Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, berkenan melawat Pusat Vaksinasi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL) di sini, semalam.

Baginda meluangkan masa kira-kira sejam untuk meninjau aktiviti berkaitan vaksinasi COVID-19, terutama di KKKL sebagai Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Keberangka­tan baginda di KKKL disambut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya, Datuk Dr Param Jeeth Singh.

Baginda diberikan taklimat mengenai operasi klinik itu oleh Pakar Perunding Perubatan Keluarga merangkap Ketua Klinik KKKL, Dr Baizury Bashah sebelum meninjau bilik penyimpana­n vaksin menempatka­n peti sejuk suhu ‘ultra rendah’ (ULTF) dan enam stesen berkaitan pemberian vaksin bermula stesen saringan gejala, kaunter pendaftara­n, stesen kaunseling dan stesen persetujua­n penerimaan vaksin.

Di stesen vaksinasi, Al-sultan Abdullah berkenan memerhati petugas kesihatan memberi suntikan vaksin kepada dua petugas barisan hadapan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an, Muhammad Asyaraf Zulkifli dan Mohd Hafiz Sayuti.

Sejak 25 Februari hingga semalam, 2,490 petugas barisan hadapan di KKKL diberi suntikan vaksin iaitu 99.7 peratus daripada sasaran yang dipertangg­ungjawabka­n kepada pasukan klinik kesihatan itu, manakala baki enam penerima dijadualka­n mendapatka­n vaksin itu hari ini.

Suntikan dos kedua dijadual bermula esok. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Al-sultan Abdullah berkenan melihat prosedur suntikan vaksin kepada penerima ketika lawatan ke Pusat Vaksinasi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Al-sultan Abdullah berkenan melihat prosedur suntikan vaksin kepada penerima ketika lawatan ke Pusat Vaksinasi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia