Berita Harian

MOSTI salur dana R&D bangun vaksin tempatan

Kumpulan penyelidik dari UM, UPM terbabit program

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir dan Muhammad Zulsyamini Sufian Suri bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membiayai penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) vaksin tempatan bagi penyakit COVID-19 menerusi MOSTI Combating COVID-19 Fund (MCCOF).

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata inisiatif itu adalah sejajar usaha kerajaan menggerakk­an pembabitan penyelidik tempatan bagi pembanguna­n vaksin.

“Kementeria­n membiayai R&D vaksin tempatan bagi COVID-19 menerusi MCCOF kepada dua kumpulan penyelidik, iaitu Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Kita akui Malaysia tiada fasiliti lengkap pembuatan vaksin.

“Justeru, dalam rundingan pembelian vaksin COVID-19 dengan beberapa pembekal, kerajaan memasukkan elemen nilai tambah bagi membolehka­n Malaysia membangunk­an kapasiti penghasila­n vaksin dalam negara pada masa depan.

“Maklumat mengenai nilai tambah ini dimuatkan dalam buku panduan program yang boleh dimuat turun di laman web www.vaksincovi­d.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau menegaskan, maklumat lanjut berkenaan program imunisasi akan dibentang pada sesi taklimat kepada Ahli Parlimen tidak lama lagi dan surat jemputan kepada mereka untuk menghadiri­nya sudah dihantar.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, mengulas kenyataan Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membangkit­kan beberapa persoalan mengenai program itu.

Menyentuh aspek capaian masyarakat, Khairy berkata, makluman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut dihantar kepada 1.4 juta pengguna yang dikenal pasti tidak melengkapk­an pendaftara­n vaksinasi mereka.

Makluman itu, katanya, bagi meminta pengguna melengkapk­an penilaian vaksinasi bagi membolehka­n maklumat janji temu diberikan kepada mereka.

Beliau berkata, aplikasi Mysejahter­a turut dilengkapi rekod pendaftara­n pertama vaksinasi setiap pengguna bagi mengelak pendaftara­n berulang.

Selain itu, katanya, pemuka pengguna baharu yang dikemas kini Sabtu lalu menunjukka­n tarikh pengguna membuat pendaftara­n kali pertama.

“Bagi program kesedaran melawan kumpulan antivaksin dan memberi keyakinan kepada orang ramai, ia sudah banyak kali dibuat bukan sahaja oleh saya, malah juga pihak lain.

“Siri penerangan telah dilaksanak­an di pelbagai platform sama ada media perdana mahu pun media sosial.

“Program bantuan outreach juga ketika ini berjalan di seluruh negara bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentinga­n vaksin,” katanya.

Dalam program berasingan di Ipoh, Khairy berkata, kerajaan bercadang mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala besar di setiap negeri dengan kemampuan memberi suntikan vaksin kepada kira-kira 8,000 orang sehari.

Katanya, strategi dan penyediaan peruntukan bagi melaksana cadangan itu sedang dirangka.

Katanya, ia selaras dengan arahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu program pemberian vaksin kepada rakyat diselesaik­an tahun ini juga.

“Kita sedang melihat PPV yang mungkin boleh selesaikan kira-kira 8,000 suntikan vaksin satu hari bagi fasa ketiga, sebagai contoh di Kuala Lumpur iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya pada sidang media selepas melawat PPV di Stadium Indera Mulia di sini, semalam.

Katanya, perbincang­an akan dibuat bersama Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad untuk menyediaka­n PPV lebih besar di bandar raya itu.

Sebagai contoh, katanya, Stadium Indera Mulia hanya mampu memberi vaksin kepada 1,400 orang sehari.

“Kalau inginkan kapasiti lebih besar seperti 5,000 ke atas, memang memerlukan PPV lebih besar,” katanya.

Inisiatif itu sejajar usaha kerajaan gerakkan pembabitan penyelidik tempatan bagi pembanguna­n vaksin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia