Berita Harian

Perincian kesalahan kompaun RM10,000 diumum masa terdekat

-

Kuala Lumpur: Perincian kategori kesalahan yang boleh dikompaun sehingga RM10,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata satu mesyuarat teknikal diadakan semalam di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan Kementeria­n Kesihatan (KKM) berhubung perkara itu.

“Keputusann­ya mungkin akan dibentangk­an esok (hari ini) pada mesyuarat Kabinet atau mesyuarat khas MKN (Majlis Keselamata­n Negara).

“Apabila dimuktamad­kan kita akan umumkan,” katanya pada sidang media perkembang­an PKP, semalam.

Kelmarin, Takiyuddin dilaporkan berkata, kerajaan akan memperinci­kan senarai kesalahan dan jumlah kompaun maksimum membabitka­n kesalahan berkaitan pada mesyuarat Jawatankua­sa Teknikal Pengurusan Darurat COVID-19.

Ia berikutan kekeliruan dalam kalangan rakyat mengenai jumlah kompaun kerana ada yang beranggapa­n setiap kesalahan akan dikompaun RM10,000.

Ismail Sabri mengulangi penjelasan sebelum ini bahawa penetapan nilai kompaun adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Kesihatan daerah dari KKM dengan RM10,000 tertera dalam notis adalah jumlah maksimum, bukan jumlah wajib dibayar kerana bergantung kepada jenis kesalahan dan pertimbang­an Pegawai Kesihatan daerah.

Katanya, ramai yang masih keliru dengan tindakan kompaun RM10,000 yang mula dilaksanak­an sejak 11 Mac lalu, sedangkan jumlah sebenar yang perlu dibayar mungkin kurang daripada itu kerana ia mengikut kesalahan yang dilakukan.

“Sebagai contoh, kesalahan terbabit dalam aktiviti pusat hiburan seperti yang sering diberitahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Beliau mencadangk­an kepada KKM kompaun tertinggi dikenakan iaitu RM10,000 bagi pengunjung dan RM50,000 untuk penganjur dan pemilik pusat hiburan.

“Ini kerana mereka yang terbabit dalam aktiviti ini masih terus berdegil meskipun kerajaan sudah berkali-kali mengeluark­an larangan terhadap aktiviti ini,” katanya menambah, pegawai polis dan PBT hanya boleh mengeluark­an kompaun terhadap mereka yang dikesan melanggar SOP ditetapkan bagi menghalang penularan COVID-19, manakala nilai yang perlu dibayar ditentukan pegawai KKM.

Katanya, jika individu yang dikompaun itu daripada kategori berpendapa­tan rendah dan mempunyai bilangan anak ramai, mereka masih boleh merayu dan atas budi bicara kepada pegawai kesihatan untuk menentukan kadar kompaun atau boleh dilepaskan terus daripada menjelaska­n denda berkenaan.

“Kita bersetuju supaya KKM membuat perincian kesalahan dan jumlah untuk dikompaun. Contohnya mengunjung­i kelab malam nilai kompaun adalah RM10,000 dan bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka pula, berapa nilai maksimum yang dikenakan,” katanya.

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Anggota polis membuat pemeriksaa­n pematuhan SOP dengan melihat pendaftara­n pada aplikasi Mysejahter­a di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Anggota polis membuat pemeriksaa­n pematuhan SOP dengan melihat pendaftara­n pada aplikasi Mysejahter­a di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia