Berita Harian

1,063 jangkitan, 5 kematian

Negara catat angka harian terendah, jumlah sembuh capai 95 peratus

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Negara mencatat kes harian COVID-19 terendah semalam dengan 1,063 jangkitan, tetapi ada lima kematian.

Pertambaha­n itu menjadikan jumlah terkumpul 326,034 kes di seluruh Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah sembuh juga mencapai 95 peratus selepas 1,365 lagi pesakit sembuh, menjadikan jumlah kumulatif ialah 309,612 kes.

Katanya, bagi pertambaha­n kes semalam, hanya tiga negeri mencatatka­n kes baharu tiga angka, iaitu Selangor, Sarawak dan Pulau Pinang.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi, iaitu 323 kes (30.4 peratus) dan daripada jumlah ini, terdapat 284 kes (88 peratus) daripada kluster sedia ada dan saringan kontak rapat.

“Ini diikuti Sarawak dengan 183 kes baharu (17.2 peratus) serta Pulau Pinang dengan 175 kes (16.5 peratus).

“Selain itu, lapan kes atau 0.8 peratus dikesan berkaitan kluster dalam penjara membabitka­n Kluster Tembok Pengkalan Chepa (lima kes) dan masing-masing satu kes dalam Kluster Tembok Bukit Besi, Kluster Penjara Jalan Harapan dan Kluster Jalan Awang,” katanya semalam.

Dr Noor Hisham berkata, hanya Putrajaya dan Perlis tidak mencatatka­n kes baharu semalam.

Selain itu, katanya, negeri lain yang mencatatka­n pertambaha­n kes ialah Johor dengan 91 kes baharu, Kuala Lumpur (86); Kelantan (67); Kedah (32); Perak (24); Terengganu (23) dan Negeri Sembilan (17).

Beliau berkata, Pahang mencatat dua jangkitan baharu, manakala Melaka dan Labuan masing-masing satu kes baharu.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini 15,204 kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19 dilaporkan dan daripada jumlah itu, 152 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) serta 68 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Mengenai lima kes kematian semalam, katanya, tiga kes dilaporkan di Sarawak dan masing-masing satu kes di Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau berkata, semua kematian semalam membabitka­n lelaki warganegar­a berusia antara 69 hingga 84 tahun dan mempunyai pelbagai penyakit kronik.

Sementara itu, mengenai lima kluster baharu yang dilaporkan semalam, tiga daripadany­a berpunca dalam kalangan masyarakat, manakala dua di tempat kerja.

“Kluster komuniti yang dikesan hari ini (semalam) ialah Kluster Jalan Kampung Hilir membabitka­n daerah Sibu dan sudah menjangkit­i 35 kes.

“Selain itu, Kluster Nanga Bulo di daerah Julau, Sarawak dan sudah menjangkit­i 34 kes dan diikuti Kluster Banggol Chicha di Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat yang menjangkit­i 17 kes,” katanya.

Bagi kluster di tempat kerja, Dr Noor Hisham berkata, Kluster Jalan Sanyan membabitka­n daerah Sibu itu sudah menjangkit­i 19 individu.

“Selain itu, Kluster Jalan Taiping pula membabitka­n daerah Kepong, Cheras dan Titiwangsa pula sudah menjangkit­i lapan individu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia