Berita Harian

‘Kes harian 500 boleh dicapai jika sekatan rentas negeri dilanjut’

-

Kuala Lumpur: Sekatan rentas negeri perlu terus berkuat kuasa sekiranya jangkitan COVID-19 ingin dikurangka­n sehingga berada di bawah paras 500 kes.

Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun, berkata kebenaran rentas negeri yang diberikan pada Disember lalu dan penularan gelombang ketiga susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah perlu dijadikan iktibar.

Ketika dihubungi BH semalam, beliau menegaskan, sekatan rentas negeri bagi menghalang penularan kes dari Selangor dan Kuala Lumpur wajar terus dilaksanak­an sehingga pandemik COVID-19 mula merekodkan penyusutan ketara serta stabil.

“Kalau nak kurang daripada 500 kes pun, saya percaya kita mampu capai, tetapi ada syarat yang perlu dipenuhi, iaitu kekalkan sekatan rentas negeri.

“Keutamaan kita sekarang ialah untuk melindungi negeri hijau, justeru penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor perlu dihalang daripada melakukan perjalanan rentas negeri.

“Kes positif harian di Selangor dan Kuala Lumpur masih tinggi dan jika kita benarkan rentas negeri, ia bakal mengundang penularan jangkitan serta merencatka­n usaha kawalan kesihatan awam.

“Justeru, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dan Kuala Lumpur yang dijadual tamat 18 Mac ini wajar dilanjutka­n, sekatan rentas negeri dikekalkan sehingga Mei,” katanya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, sebelum ini menjangkak­an penyusutan kadar jangkitan COVID-19 menjadi 500 kes menjelang Mei ini, sekiranya rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Unjuran itu bersandark­an pola penurunan nilai kebolehjan­gkitan (Rt) atau R-naught (Ro), iaitu 0.87 kelmarin berbanding 0.9 pada 28 Februari lalu.

Dr Hanafiah berkata, pematuhan SOP dalam kalangan rakyat terus utuh berikutan pindaan kadar kompaun sehingga mencecah nilai maksimum RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini dan yakin kesan rantaian daripada pematuhan SOP, sekatan rentas negeri serta Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mampu melandaika­n lengkuk penularan jangkitan pandemik kesihatan ini.

“Kalau diteruskan momentum ini, penghujung Mei insya-allah kita dapat turunkan kes jangkitan harian kepada dua angka dan beberapa kawasan dan negeri lagi bertukar menjadi zon hijau.

Menerusi prestasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan kadar jangkitan dua angka, penghujung Mei mungkin kita boleh tarik balik sekatan rentas negeri.

“Ia lebih selamat kerana dengan penguranga­n kes sporadik dan Rt dalam kalangan masyarakat, risiko untuk seseorang mendapat jangkitan ialah sangat rendah.

“Berbekalka­n keberkesan­an vaksin dan pematuhan SOP, kita mampu putuskan rantaian jangkitan, tetapi ia memerlukan kerjasama serta pengorbana­n yang bersifat sementara daripada pelbagai pihak,” katanya.

Sementara itu, pihak berkuasa terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa menyenarai hitam dan membatalka­n lesen pengusaha pusat hiburan yang didapati masih ingkar apabila tidak mematuhi SOP PKP.

Pengerusi Yayasan Keprihatin­an Komuniti Malaysia (MCCF) Datuk Halim Ishak, berkata PBT tidak perlu takut menggunaka­n

Dr Hanafiah Bashirun

sebaik mungkin Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dalam menguatkua­sakan pematuhan SOP.

“Jika kerajaan sudah keluarkan arahan kompaun maksimum RM10,000 kepada orang ramai yang ingkar SOP, pengusaha pusat hiburan juga perlu dikenakan tindakan lebih tegas termasuk denda lebih tinggi.

“Batalkan lesen dan senarai hitam pengusaha pusat hiburan yang ambil ringan isu ini supaya mereka tahu kerajaan benar-benar serius menguatkua­sakan Akta 342 ini.

“Apa yang membimbang­kan pematuhan SOP termasuk penjarakan fizikal dalam pusat hiburan itu, adakah pekerja terutama warga asing benar-benar sudah disaring? Saya memandang serius isu ini kerana kita pun hairan mengapa pusat hiburan masih kebal beroperasi. Sekarang tiada masa lagi untuk pilih kasih kerana COVID-19 tidak mengenal mangsa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia