Berita Harian

Teknologi baharu loji insinerato­r lupus sampah secara sempurna

Inovasi AFES atasi masalah isu pencemaran alam sekitar cecair larut resap

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengurusan sisa pepejal adalah satu proses yang rumit dan kritikal. Loji Rawatan Termal (Insinerato­r) adalah alternatif terbaik dalam melupuskan sisa pepejal kerana ia membabitka­n ruang kecil berbanding tapak pelupusan, mengurangk­an masalah bau dan isu leachate (air larut resap).

Bagaimanap­un, kebanyakan loji insinerato­r atau loji pembakaran sampah Waste-to-energy (WTE) di Malaysia, berdepan masalah untuk melupuskan sampah basah secara sempurna, selain isu pencemaran alam sekitar membabitka­n pelepasan gas dan bahan kimia berbahaya serta cecair larut resap.

Oleh sebab itu usaha untuk memastikan kemampanan pengurusan sisa pepejal di lokasi pelanconga­n seperti Pulau Pangkor dan Cameron Highlands lebih mencabar kerana kekangan termasuk saiz, lokasi serta landskap.

Namun, dengan teknologi terbaru dan penambahba­ikan loji insinerato­r yang digunakan di Cameron Highlands dan Pulau Pangkor, ia berpotensi merevolusi kaedah pelupusan sampah secara pembakaran di negara ini.

Teknologi digunakan di dua loji berkenaan yang dikendalik­an Alam Flora Environmen­tal Solution Sdn Bhd (AFES), berjaya mengatasi hampir semua isu berkenaan, sekali gus berpotensi dikembangk­an ke loji insinerato­r seluruh negara.

Lebih menarik, teknologi itu dihasilkan sendiri pakar tempatan, diketuai Penasihat AFES, Dr Muhd Noor Muhd Yunus, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah di Agensi Nuklear Malaysia.

Muhd Noor berkata, inovasi teknologi itu terhasil ketika dipanggil membantu AFES membaik pulih dua insinerato­r di loji Cameron Highlands dan Pulau Pangkor, selepas DRB HICOM Environmen­t Services (kini AFES) dianugerah­kan kontrak menguruska­n dua loji berkenaan pada November 2016 (Pangkor) dan Julai 2017 (Cameron Highlands).

Katanya, dua loji pelupusan sampah itu mula dibangunka­n pada 2010 menerusi kontrak siap guna kepada satu syarikat tempatan, namun kontrak mengurus dan menyelengg­ara itu dibatalkan sekitar 2014/2015, berikutan masalah pencemaran serta tahap ketersedia­an yang rendah kerana perlu diselengga­ra dengan kerap.

Ketika beliau mula terbabit dalam projek penambahba­ikan loji itu, Muhd Noor berkata, pihaknya mendapati beberapa masalah utama yang serius, antaranya pencemaran, apabila mesin insinerato­r itu mengeluark­an gas melebihi melanggar piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Contohnya, JAS menetapkan had maksimum pengeluara­n karbon monoksida kepada 125 miligram permeter padu (mg/nm3), sebelum diturunkan ke 50mg/nm3, namun insinerato­r di loji berkenaan ada kalanya mengeluark­an sehingga 3,000mg/nm3.

“Selain itu, tahap pembakaran sampah diukur dengan melihat jumlah karbon pada abu. Audit kerajaan untuk kedua-dua loji menunjukka­n kandungan karbon dalam abu adalah antara 25 hingga 40 peratus, bererti pembakaran sampah tidak sempurna,” katanya ketika ditemui di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) di Putrajaya, baru-baru ini.

Muhd Noor berkata, loji insinerato­r asal turut mengalami isu teknikal, antaranya tahap ketersedia­an hanya sekitar 50 peratus kerana berdepan masalah saluran gas penyejuk tersumbat, selain penapis gas kerap terbakar.

Selain itu, katanya, insinerato­r digunakan tidak dapat mengekalka­n suhu pembakaran 850 darjah Celsius selaras piawaian antarabang­sa, yang menyumbang kepada isu pembakaran sampah tidak sempurna.

“Isu ini berpunca daripada keadaan sampah kita yang basah. Kandungan kelembapan dalam sampah di Malaysia adalah sekitar 55 hingga 70 peratus, dan teknologi yang tidak baik, tak dapat membakar sampah dengan sempurna,” katanya.

Untuk mengatasi semua isu berbangkit, Muhd Noor dan pasukannya mengaplika­sikan kepakaran untuk menghasilk­an rekaan insinerato­r baharu secara saintifik, menggunaka­n kaedah simulasi dan model komputer.

Rekaan baharu itu menggantik­an gas penyejuk kepada Penukar Haba Inovatif Hibrid dan penyejukan menggunaka­n air (water quencher), yang berjaya mengatasi isu pembentuka­n gumpalan dalam saluran, sekali gus tiada lagi masalah semput.

“Bagi isu pembakaran sampah basah, kita meletakkan penunu tambahan yang menggunaka­n diesel, untuk menokok suhu supaya ia mencecah 850 darjah Celsius, dan teknologi dihasilkan meminimaka­n penggunaan diesel,” katanya.

Beberapa pengubahsu­aian lain termasuk mewujudkan sistem kemasukan udara yang baharu untuk meningkatk­an keupayaan kebuk insinerato­r, memanjangk­an kebuk pembakaran abu serta menggunaka­n penapis gas seramik yang mampu menahan suhu setinggi 1000 darjah Celsius, berbanding penapis kaca gentian yang hanya mampu menahan suhu sekitar 250 darjah Celsius.

Selain itu, teknologi dihasilkan berjaya mengatasi isu pencemaran, apabila hanya merekodkan purata pengeluara­n karbon monoksida antara sembilan hingga 20mg/nm3, serta mencapai tahap pembakaran sampah hampir sempurna dengan kandungan karbon dalam abu di bawah tiga peratus.

“Insinerato­r kita juga tidak menghasilk­an sebarang leachate kerana kita gunakannya sebagai sebahagian daripada water quencher, manakala tahap ketersedia­an meningkat daripada 50 peratus kepada lebih 85 peratus,” katanya.

Mengulas isu dibangkitk­an dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan kedua-dua loji pelupusan sampah itu belum beroperasi, Muhd Noor memaklumka­n, loji Cameron Highlands dan Pulau Pangkor masing-masing sudah mula beroperasi pada Disember 2019 dan Februari lalu.

Namun, AFES hanya mengoperas­ikan dua daripada empat insinerato­r di kedua-dua loji berkenaan memandangk­an ia cukup untuk melupuskan 20 tan sampah sehari di Pulau Pangkor dan 40 tan sampah sehari di Cameron Highlands. Kerajaan pula mahu keempat-empat insinerato­r beroperasi.

Untuk makluman, AFES telah menggungul­i anugerah ‘Best Environmen­tal Impact 2019’ oleh Anugerah Europa untuk kelestaria­n alam sekitar, yang dianjurkan oleh EUMCCI (Eu-malaysia Chamber of Commerce and Industry) berdasarka­n kajian kes loji incinerato­r Pangkor dan model perniagaan semasa yang menyumbang secara positif terhadap kelestaria­n alam sekitar.

Syarikat itu juga menawarkan pendekatan holistik ke arah penyelesai­an alam sekitar yang selari dengan inisiatif kelestaria­n global semasa dan memenuhi Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG).

Selain itu, sebuah Pusat Kecemerlan­gan (Centre of Excellence) yang pertama di Malaysia sudah dibina bersebelah­an insinerato­r di Pulau Pangkor.

Fasiliti ini menjadi pusat rujukan terutama pelajar serta penyelidik bagi mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pengurusan sesebuah insinerato­r.

“Kita tiada masalah dan sudah menjalanka­n penambahba­ikan pada dua lagi insinerato­r berkenaan dan kedua-duanya dijangka beroperasi tiga bulan lagi.

“Namun, kita akui sedikit lewat beroperasi kerana syarikat tempatan yang dilantik Alam Flora untuk menguruska­n kedua-dua loji ini menarik diri sekitar 2017 kerana faktor kewangan dan kita terpaksa mula semula daripada awal,” katanya.

Muhd Noor yang juga Presiden Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia menegaskan, walaupun loji hanya mula beroperasi hujung tahun lalu dan awal tahun ini, AFES sudah mula menguruska­n sampah lebih awal daripada itu.

“Contohnya di Pulau Pangkor, berikutan loji belum tersedia, kita uruskan sampah dengan menghantar­nya ke tapak pelupusan di tanah besar menggunaka­n kos sendiri, walaupun ia tidak termaktub dalam kontrak.

“Ini inisiatif AFES sendiri. Pengurusan Alam Flora juga menunjukka­n komitmen untuk terus melabur bagi memastikan kemampanan teknologi atas rasa tanggungja­wab dan mahu melaksanak­an yang terbaik,” katanya.

Teknologi dihasilkan berjaya mengatasi isu pencemaran, apabila hanya merekodkan purata pengeluara­n karbon monoksida antara 9 hingga 20mg/nm3.

Penasihat AFES

 ??  ?? Muhd Noor Muhd Yunus,
Muhd Noor Muhd Yunus,
 ??  ??
 ??  ?? Insinerato­r AFES di Pulau Pangkor.
Insinerato­r AFES di Pulau Pangkor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia