Berita Harian

SPRM tahan 32 anggota JPJ

44 individu ditangkap dalam Operasi Sukat babit penguat kuasa, orang awam terima RM150 hingga RM3,000 sebulan

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan, Muhammad Yusri Muzamir dan Balqis Jazimah Zahari bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 44 individu membabitka­n penguat kuasa dan orang awam di lima negeri, disyaki terbabit dengan sindiket melindungi pemandu lori.

Selain 32 pegawai Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), turut ditahan masing-masing seorang anggota dan bekas anggota polis trafik, serta 10 orang awam.

Penahanan dilakukan melalui Operasi Sukat digerakkan SPRM sejak kelmarin, di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Perlis.

Sumber berkata, semua yang ditahan dipercayai terbabit dalam sindiket melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya, khususnya membawa muatan berlebihan dan tidak mematuhi aspek teknikal.

Difahamkan, pegawai JPJ berkenaan membabitka­n pelbagai gred, termasuk pegawai kanan, manakala orang awam pula bertindak sebagai proksi.

“Antara modus operandi dikesan ialah pegawai terbabit tidak akan mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang melakukan kesalahan jalan raya, selepas menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi atau proksi secara bulanan.

“Mereka dipercayai menerima antara RM150 hingga RM3,000 sebulan dengan nilai keseluruha­n kira-kira RM1.64 juta dan perbuatan ini dipercayai dilakukan antara 2019 hingga tahun lalu,” katanya semalam.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan hasil kerjasama pihaknya dan JPJ dalam usaha meningkatk­an integriti jabatan berkenaan.

Sebelum ini, 18 anggota JPJ Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterwort­h atas dakwaan menerima rasuah daripada pemilik sebuah syarikat pengangkut­an yang dipercayai melakukan kesalahan jalan raya, khususnya yang membawa lebih muatan di sekitar negeri ini.

Ia susulan tangkapan lebih 70 individu majoritiny­a membabitka­n anggota dan pegawai JPJ negeri itu sepanjang April 2019, yang antara lain turut membocorka­n maklumat operasi jabatan.

Wang diterima dipercayai untuk pegawai kanan JPJ bagi tujuan hiburan, dengan modus operandi digunakan membekalka­n pelekat khas kepada lori yang dilindungi supaya mudah dikenal pasti.

Mengulas tangkapan menerusi Operasi Sukat kelmarin, Azam berkata, siasatan masih dijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkina­n akan ada beberapa lagi tangkapan.

“Objektif siasatan tertumpu kepada kesalahan rasuah mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009, membabitka­n isu salah laku. Kita cuba untuk lakukan siasatan secepat mungkin,” katanya.

Sumber

Antara modus operandi dikesan ialah pegawai terbabit tidak akan mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang melakukan kesalahan jalan raya, selepas menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi atau proksi secara bulanan.

 ?? (Foto M Hifzuddin Ikhsan /BH) ?? Antara individu tiba di Mahkamah Alor Setar untuk mendapatka­n perintah reman, semalam.
(Foto M Hifzuddin Ikhsan /BH) Antara individu tiba di Mahkamah Alor Setar untuk mendapatka­n perintah reman, semalam.
 ?? (Foto Amir Mamat /BH) ?? Antara suspek kes rasuah membabitka­n pegawai dan anggota JPJ Melaka dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.
Tiga penguat kuasa JPJ diiringi pegawai SPRM di bawa ke Mahkamah Majistret Ipoh.
(Foto Amir Mamat /BH) Antara suspek kes rasuah membabitka­n pegawai dan anggota JPJ Melaka dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam. Tiga penguat kuasa JPJ diiringi pegawai SPRM di bawa ke Mahkamah Majistret Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia