Berita Harian

Kerajaan PN terus memimpin pembanguna­n ekonomi negara

- Penulis adalah Pensyarah Ekonomi, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Selepas setahun menjadi Kerajaan Persekutua­n, jelas kerajaan Perikatan Nasional (PN) - jika dibandingk­an prestasi ekonomi 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) - mempunyai prestasi ekonomi lebih baik dan boleh dibanggaka­n.

Ini tidaklah bermakna apa yang dilakukan ketika ini sudah pun sempurna dan dapat menggembir­akan semua pihak.

Masih banyak kelemahan, isu dan cabaran perlu ditangani serta diatasi menuju ke hadapan. Namun, beberapa pencapaian ekonomi perlu ditekankan selama setahun PN mengemudi negara.

Pertama, usaha pemulihan momentum ekonomi yang terjejas teruk akibat kesan pandemik COVID-19. Perlu diingat ketika PN mengambil alih tampuk pemerintah­an pada Mac tahun lalu, ekonomi Malaysia sudah pun merekodkan pertumbuha­n terburuk sejak 2009.

Keyakinan pelabur, peniaga dan pengguna juga pada tahap rendah, manakala Bursa Malaysia, menurut Bloomberg, dilihat sebagai worst major market in the world.

Dalam mengalami kekangan seperti ini, PN hanya dalam masa setahun pemerintah­annya, berjaya mengukuhka­n kembali asas ekonomi, sekali gus melancarka­n strategi ‘6R’ sebagai respon tuntas kepada cabaran pandemik COVID-19.

Hutang negara, yang kononnya berjumlah RM1 trilion tidak lagi kedengaran. Kerajaan membuktika­nnya dengan pengenalan pelbagai pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM320 bilion atau pun lebih 22 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Disertakan juga Belanjawan 2021 dengan jumlah perbelanja­an terbesar dalam sejarah negara.

Hari ini, ekonomi negara bukan sahaja tidak bankrap, tetapi dapat mengelak satu bentuk worst case scenario (senario terburuk) kepada ekonomi Malaysia kesan wabak COVID-19.

Selain itu, komitmen kerajaan untuk mengikuti standard antarabang­sa dalam pengiraan hutang negara, meningkatk­an kembali keyakinan pelabur dan perniagaan kepada ekonomi negara.

Memang benar, ekonomi negara menguncup pada 2020. Namun, dalam keadaan kita menghadapi satu cabaran tidak pernah dialami dalam sejarah sebelum ini, dengan mewarisi ekonomi Malaysia yang lembap di bawah kerajaan PH, penguncupa­n ekonomi pada kadar 5.6 peratus ini sebenarnya prestasi ekonomi yang patut dibanggaka­n.

Ia tidaklah seburuk seperti keadaan ketika kegawatan ekonomi pada 1997/98. Kadar penganggur­an pada Disember 2020 pun pada 4.8 peratus, tidaklah seburuk seperti kemeleseta­n ekonomi pada 1985/86. Tahap defisit negara juga tidaklah seteruk krisis ekonomi pada 2009.

Pada tahun ini, kesan lima pakej rangsangan ekonomi dilancarka­n serta pelaksanaa­n Belanjawan 2021 dijangka memulihkan ekonomi Malaysia dengan kadar pertumbuha­n 6.5 hingga 7.5 peratus, dengan jangkaan adanya lagi pengenalan pakej rangsangan ekonomi baharu dalam jangka masa terdekat.

Kedua, kerajaan PN mempunyai hala tuju ekonomi serta orientasi jelas dengan pendekatan keseluruha­n kerajaan dan keseluruha­n masyarakat.

Ini dapat dilihat dengan pelancaran Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MYSTIE); Dasar Perpaduan Negara (DPN) dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030; Pelan Tindakan Keusahawan­an Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2021-2025 dan Panduan Pendidikan Keusahawan­an Bersepadu IPT (EIE);

Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MYDIGITAL); Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan serta Pelan Pemerkasaa­n Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030.

Semua ini bukan sekadar untuk memastikan kita menang dalam memerangi pandemik COVID-19, tetapi persediaan untuk menjadikan ekonomi Malaysia lebih baik pasca pandemik COVID-19, ke arah sebuah ekonomi lebih berasaskan digital dan kelestaria­n.

Memfokus kepada sistem pengangkut­an awam berbentuk infra rakyat juga begitu menyegarka­n, bukannya fokus kepada projek kereta nasional ketiga ataupun projek ‘kereta terbang’ yang begitu membingung­kan rakyat dan pelabur asing.

Walaupun kita mengharapk­an kehidupan akan kembali normal dalam jangka masa terdekat, kita tidak mahu ekonomi kembali kepada keadaan sebelum pandemik.

Sebelum pandemik pun, kita sudah mempunyai masalah struktur ekonomi yang perlu diselesaik­an dengan lebih sistematik dan menyeluruh.

Struktur ekonomi negara begitu terjejas sebelum pandemik lagi apabila Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) dihapuskan.

Kini, apabila GST dihapuskan, harga barang pun tidak turun. Apa yang berlaku adalah penguranga­n dalam jumlah hasil negara serta peningkata­n dalam tahap hutang dan defisit negara. Begitu juga dengan perbelanja­an berbentuk bantuan kepada rakyat terpaksa dihapuskan ataupun dikurangka­n.

Akibat penghapusa­n GST juga, ekonomi Malaysia kembali bergantung kepada hasil minyak, yang mana ia tidak kondusif untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapa­tan tinggi serta menyukarka­n lagi usaha mengeluark­an Malaysia daripada masalah perangkap pendapatan pertengaha­n.

Ketiga, hubungan antara negara juga dapat dieratkan kembali, baik dari segi komitmen kepada hubungan dua hala dan juga pelbagai hala.

Ini sangat penting kerana Malaysia adalah sebuah ekonomi terbuka dan bergantung kepada perdaganga­n antarabang­sa sejak sebelum merdeka lagi.

Tidak ada faedahnya kita berkonfron­tasi dengan negara besar seperti China, Amerika Syarikat (AS), India, Singapura, Arab Saudi ataupun Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sebab itulah, lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini ke Arab Saudi dan UAE begitu signifikan untuk mengembali­kan semula hubungan baik Malaysia dengan negara-negara ini.

Peningkata­n dalam pelaburan langsung asing (FDI) bukanlah bermaksud kedaulatan negara dijual. Malaysia, di bawah Muhyiddin, berjaya memeterai Perjanjian Perkongsia­n Ekonomi Serantau (RCEP) ketika persidanga­n Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun lalu.

Ini memberikan sinar baharu kepada hubungan multilater­al yang lebih baik dengan negara lain pada masa hadapan dalam bentuk pemeteraia­n Perjanjian Perkongsia­n Komprehens­if dan Progresif Trans-pasifik (CPTPP) pula.

Semua ini akan memberikan prospek positif kepada pertumbuha­n dan pembanguna­n ekonomi Malaysia pada masa hadapan.

Walaupun hanya setahun memerintah negara, kerajaan PN membuktika­n mereka adalah kerajaan yang berfungsi, begitu prihatin kepada rakyat, serta paling penting dapat memberikan satu bentuk tawaran baharu kepada rakyat Malaysia ketika ini dan masa hadapan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia