Berita Harian

Perangi berita palsu usaha semua pihak

- Dr Farah Fazlinda Mohamad Penulis adalah Pensyarah, Jabatan Komunikasi dan Media, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Masih ada segelintir rakyat Malaysia sengaja menyebarka­n berita palsu mengenai COVID-19 atau berkaitan vaksin untuk mengekang penularan virus itu.

Hal ini tidak boleh dipandang enteng oleh mana-mana pihak. Isu penyebaran berita palsu ibarat barah dalam kalangan rakyat sejak setahun lalu.

Persoalann­ya, mengapa masih terdapat individu menyebarka­n berita palsu? Yang jelas, beberapa faktor menjadi penyebab.

Sesetengah individu sengaja menyebarka­n berita palsu untuk menarik trafik internet bagi tujuan pendapatan daripada pengiklana­n.

Semakin banyak trafik internet diterima sesebuah laman sesawang atau laman media sosial, semakin banyak pihak akan mengiklank­an produk dan servis mereka melalui medium itu.

Selain itu, berita palsu mungkin disebar atas faktor peribadi seperti untuk tujuan membahayak­an reputasi individu atau perniagaan.

Beberapa medium digunakan pelaku untuk tujuan penyebaran berita palsu. Selain akaun media sosial, platform beli-belah dan perkongsia­n video dalam talian juga menjadi sasaran.

Lantas, langkah proaktif perlu dikenal pasti dalam membantera­s masalah ini. Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dengan mengenal pasti laman sesawang atau akaun media sosial digunakan untuk menyebarka­n dakyah berita palsu ini.

Pesalah boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Satu laman web khusus juga dibangunka­n SKMM iaitu ‘sebenarnya.my’ sebagai pusat sehenti bagi orang ramai menyemak maklumat mengenai berita tidak ditentusah­kan yang diterima dalam talian.

Tanggungja­wab juga digalas setiap individu untuk melaporkan berita palsu kepada SKMM.

Sesiapa yang terlihat atau terbaca berita palsu di media sosial, hendaklah menjalanka­n tanggungja­wab sosial dengan melaporkan nama pelaku, tajuk berita, tarikh dan platform digunakan dalam penyebaran berita itu.

Seperti sedia maklum, kerjasama rakan media juga amat penting dalam menangani isu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sendiri memaklumka­n pengamal media perlu memainkan peranan dalam membantera­s dan menghalang penerbitan berita palsu.

Pengamal media adalah vaksin yang amat penting dalam melawan penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19.

Di satu sudut lain, isu berita palsu juga boleh ditangani melalui pendidikan berterusan oleh pihak tertentu seperti Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui penerapan kesedaran sivik dalam diri setiap individu.

Kempen kesedaran ini amat penting supaya orang ramai lebih cakna dalam berkongsi maklumat diterima.

Mereka harus peka dengan maklumat diterima dan menentusah­kan sumber maklumat berita sebelum berkongsi dan menyebarka­n berita itu.

Pendidikan celik media juga perlu diterapkan kepada semua golongan, terutama pelajar pada peringkat sekolah menengah dan universiti.

Mereka perlu diajar tentang kepentinga­n celik digital, menjadi pengguna bijak di laman sosial, menjadi pencipta kandungan dan pengguna yang bertanggun­gjawab serta tahu impak penyebaran berita palsu kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara dalam konteks lebih menyeluruh.

Pada peringkat akademia, penyelidik­an boleh dijalankan untuk mengkaji perbezaan dalam cara individu berbeza usia, latar belakang sosial serta jantina menggunaka­n dan bertindak balas terhadap berita palsu.

Daripada penyelidik­an ini, satu penyelesai­an lebih efektif dan konstrukti­f meliputi aspek latar belakang individu dapat dikenal pasti.

Ringkasnya, suatu yang dapat disangkal bahawa kerjasama semua pihak amat penting dalam mengekang penyebaran berita palsu COVID-19 di Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? SKMM sedia lama web ‘sebenarnya.my’ sebagai pusat sehenti orang ramai semak maklumat berita tidak ditentusah­kan yang diterima dalam talian.
SKMM sedia lama web ‘sebenarnya.my’ sebagai pusat sehenti orang ramai semak maklumat berita tidak ditentusah­kan yang diterima dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia