Berita Harian

Menjaja jualan di lampu isyarat terdedah bahaya

- Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Jika anda berhenti di persimpang­an lampu isyarat, pastinya akan melihat peniaga berjalan sambil lalu lalang mengangkat plastik berisi mangga.

Adakalanya raut wajah dan mata mereka begitu mengharapk­an pemandu menurunkan cermin kereta untuk membeli mangga.

Menariknya, pekerjaan ini tidak perlu membabitka­n sesi temu duga atau sijil akademik. Apa yang perlu sikap rajin dan cekal.

Saya selalu melihat penjual mangga ini pada waktu pagi, tengah hari dan petang yang berniaga tanpa jemu. Kesungguha­n mereka memang dipuji kerana sanggup berpanas dan berhujan semata-mata untuk menjual mangga.

Itu nilai baik yang amat dihargai dan disanjung tinggi. Mereka tetap gigih berusaha dan berniaga pada musim pandemik ini.

Kebanyakan perniagaan ini dipelopori orang muda yang menjual mangga muda berserta asam boi pada harga RM10 setiap pek.

Namun, di sebalik kegigihan mereka, aktiviti jualan ini dilihat sangat berisiko. Ia bukan sahaja berbahaya, malah salah di sisi undang–undang.

Tindakan saman boleh dikenakan mengikut Kaedah 10A(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 yang jelas menyatakan bahawa tiada urusan jual beli dibenarkan di persimpang­an jalan atau di atas mana-mana jalan raya.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000.

Penjual ini sebenarnya mengambil risiko membahayak­an diri apabila adakalanya melintas secara tiba–tiba di hadapan kereta untuk melakukan urus niaga sehingga kenderaan lain memberhent­ikan kenderaan secara mengejut.

Ini boleh mengakibat­kan kemalangan sesama kenderaan lebih– lebih lagi apabila berlaku pertukaran lampu isyarat daripada merah kepada hijau. Keadaan lebih berbahaya apabila cuaca hujan dengan jalan licin.

Kita sedar, kebanyakan penjual ini adalah mereka yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan dan ada sesetengah­nya membabitka­n warga asing.

Perniagaan mereka juga mendapat perhatian ramai pengguna jalan raya yang turut sama membeli mangga.

Malangnya, adakah semua ini seakan menghalalk­an perbuatan mereka yang jelas sekali melanggar undang–undang dan membahayak­an nyawa pengguna jalan raya?

Berniaga seperti ini memang lebih cepat, agresif dan berkesan untuk terus sampai kepada sasaran pengguna. Jika perniagaan di jalan raya ini dihalang, sudah pasti memberi impak kepada ramai peniaga mangga ini yang menyara keluarga mereka.

Secara manusiawi, pastinya kita akan simpati dengan peniaga yang terkesan ini. Namun, sebenarnya tindakan menghalang perniagaan ini juga bersifat menyayangi mereka daripada kecelakaan.

Mungkin terdapat pengusaha menganggap prosedur operasi standard (SOP) perniagaan lebih baik harus diperkenal­kan pihak berkuasa, memandangk­an perniagaan cara ini seperti sudah diterima ramai.

Namun, penerimaan ini bukan bermaksud segala yang salah boleh dihalalkan demi harga sebuah keuntungan. Jika dibenarkan, maka kita bakal melihat lebih ramai peniaga lain turut berniaga di jalan raya dan itu lebih berbahaya dan berisiko mengundang maut.

Pada masa itu, bukan sahaja produk mangga, tetapi produk lain akan turut dijual secara agresif di jalan raya.

Oleh itu, kekalkanla­h fungsi jalan raya seperti sedia ada demi keselamata­n semua pihak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia