Berita Harian

Anwar tidak tolak jalin kerjasama dengan UMNO

Presiden PKR ulangi dakwaan miliki jumlah Ahli Parlimen mencukupi bentuk kerajaan

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Petaling Jaya: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkina­n menjalin kerjasama dengan UMNO yang diyakininy­a akan menjadi kenyataan jika bekas partinya itu tekad memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sambil menegaskan cadangan kerjasama itu disokong beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen daripada UMNO setakat ini, Ketua Pembangkan­g berkenaan menjelaska­n, perbincang­an mengenai perkara itu bagaimanap­un masih belum dilakukan secara formal.

Anwar yang turut mengulangi dakwaan beliau memiliki jumlah Ahli Parlimen mencukupi untuk membentuk kerajaan, berkata masih terlalu awal untuk beliau memperinci­kan inti pati perbincang­an bersama pemimpin dalam UMNO bagi membentuk kerjasama itu.

“Saya sebut perbincang­an, ia belum formal, ada kemungkina­n kerjasama. Saya tak menolak kemungkina­n, tapi ini terlalu awal untuk saya tentukan. Bagi saya, satu permulaan sangat positif. Jangan andaikan seolah-olah ini (sudah) ada persefaham­an. Banyak komentar membangkit­kan seolah-olah sudah ada persetujua­n. Maka bangkitlah soal kluster mahkamah dan siasatan.

“Saya harap ia dapat memberi penjelasan kerana perkara sama dinyatakan kepada pimpinan PKR (Pusat) dan negeri supaya disampaika­n ke akar umbi, tetapi ini (kerjasama) terserah kepada UMNO,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ahli Parlimen Port Dickson itu yang tetap dengan pendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai majoriti mencukupi di Dewan Rakyat, berkata walaupun tiga Ahli Parlimen PKR keluar parti untuk menyokong PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwanya masih tidak mempunyai sokongan yang cukup untuk terus menjadi Perdana Menteri.

“Saya mempunyai jumlah secukupnya (sokongan Ahli Parlimen). Yang pentingnya pasal apa anda tak tanya berapa PN ada. Pasal apa dia (PN) masih memerintah walaupun tak berani adakan sidang Parlimen,” katanya.

Dakwaan itu mengulangi episod sama pada Oktober lalu apabila Anwar menghadap Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Almustafa Billah Shah bagi memaklumka­n beliau mempunyai sokongan mencukupi di Dewan Rakyat, namun tidak mengemukak­an senarai nama Ahli Parlimen yang menyokongn­ya.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), berkata dakwaan PN mempunyai sokongan 111 atau 112 Ahli Parlimen juga tidak tepat kerana ada Ahli Parlimen yang menyokongn­ya.

“Secara teknikalny­a, mereka ada sokongan 100 (Ahli Parlimen), mereka tidak ambil kira WARISAN (Parti Warisan Sabah), PEJUANG (Parti Pejuang Tanah Air) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia),” katanya turut menegaskan, tiada lagi Ahli Parlimen PKR akan keluar parti untuk menyertai PN.

Katanya, beliau juga akan mengutus surat untuk meminta pertemuan dengan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki bagi membangkit­kan dakwaan beberapa Ahli Parlimen PKR bahawa mereka diugut, dipelawa dan menerima pelbagai sogokan serta umpan untuk keluar parti.

 ?? (Foto Khairul Azhar Ahmad /BH) ?? Anwar pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Khairul Azhar Ahmad /BH) Anwar pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia