Berita Harian

3 parti mampu menang PRU-15 jika kekal bergabung

-

Kuala Lumpur: UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diyakini mampu memenangi semua 149 kerusi Parlimen di kawasan majoriti Melayu, sekiranya ketiga-tiga parti itu kekal bergabung pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahli Parlimen Ketereh yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata tiga parti itu berpotensi besar memenangi semua kerusi majoriti Melayu pada PRU-15 jika terus mengekalka­n permuafaka­tan dan tidak berpecah.

“Di 149 kerusi ini, kalau ada permuafaka­tan serta tidak berpecah, kita berpotensi untuk memenangi semuanya. Maka, formula kemenangan ada dalam kerajaan hari ini,” katanya dalam wawancara bertajuk ‘UMNO: Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN)’ di TV Pertiwi, malam kelmarin.

Mengenai rundingan kerusi mungkin berdepan kesukaran jika ketiga-tiga parti itu bekerjasam­a pada PRU-15, Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO, berkeyakin­an pembahagia­n 149 kerusi itu boleh dirunding dengan baik.

Secara asas, beliau berkata, kesemua 55 kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU-14 perlu dipertahan­kan parti itu, namun sebarang rundingan boleh dilakukan pada peringkat Presiden ketiga-tiga parti.

Ditanya kedudukan kerusi Parlimen yang sebelum ini dimenangi atas tiket UMNO tetapi penyandang­nya kini sudah menyertai BERSATU pula, Annuar berpandang­an bahawa UMNO perlu diberi keutamaan untuk bertanding di kawasan terbabit.

Beliau turut berkata, sebarang kerjasama membentuk kerajaan antara UMNO dengan parti liberal dan sosialis seperti PKR serta DAP, akan membawa kepada kegagalan berikutan ideologi yang jauh berbeza.

Katanya, ia berbeza dengan kerjasama UMNO, PAS serta BERSATU yang memiliki ideologi sama, iaitu perjuangan berasaskan orang Melayu dan Islam.

 ??  ?? Annuar Musa
Annuar Musa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia