Berita Harian

Keputusan dasar PAU 2019 tak berubah

-

Kuala Lumpur: UMNO tetap dengan pendirian yang diputuskan pada perhimpuna­n agungnya pada 2019 iaitu menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PKR atau DAP bagi membentuk kerajaan.

Ketua Penerangan­nya, Shahril Sufian Hamdan, keputusan dasar seperti dipersetuj­ui parti dalam Perhimpuna­n Agung UMNO 2019 masih terpakai dan pemimpin tertinggi UMNO berkali-kali menegaskan tidak timbul isu parti itu akan bekerjasam­a dengan PKR atau DAP.

Beliau berkata, walaupun UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), tidak bermakna parti itu akan bekerjasam­a dengan pihak lain pula khususnya PKR atau DAP.

“Hakikatnya, Ahli Majlis Tertinggi (MKT) belum pernah mengubah keputusan dasar PAU 2019 yang menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.

“Matlamat parti tentunya untuk memenangi sokongan rakyat dengan tawaran dan visi lebih baik daripada pesaing kita,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau mengulas dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkan­g wujud perbincang­an tidak rasmi antara parti dan UMNO ke arah usaha membentuk kerjasama bagi membentuk kerajaan.

Anwar mendakwa perbincang­an antara beliau dan pemimpin tertinggi UMNO itu menunjukka­n perkembang­an positif.

Mengulas lanjut, Shahril Sufian berkata, Anwar berhak untuk berkata apa sahaja termasuk mencanang kononnya wujud rundingan dan kerjasama rasmi antara PKR dengan UMNO.

“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mahu mencanang kononnya ada rundingan dan kerjasama rasmi politik dengan UMNO, itu hak beliau untuk bercakap.

“Seperti selama ini beliau tidak henti-henti menyatakan memiliki majoriti di Parlimen. Kita tidak perlu menari mengikut rentak orang lain sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada pengukuhan dalaman parti sendiri disamping berusaha keras memenangi keyakinan rakyat,” katanya.

 ??  ?? Shahril Sufian Hamdan
Shahril Sufian Hamdan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia