Berita Harian

MYMAP berikan penarafan bintang motosikal tempatan

Inisiatif MIROS, MARII tingkat tahap keselamata­n

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Motosikal yang dikeluarka­n di Malaysia akan diberikan penarafan bintang untuk meningkatk­an tahap keselamata­n kenderaan jenis itu, selain mendorong pasaran kenderaan penumpang yang lebih selamat.

Inisiatif itu akan dilaksanak­an menerusi program penilaian motosikal atau dikenali sebagai Malaysia Motorcycle Assessment Program (MYMAP) yang dibangunka­n Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama Institut Automotif, Robotik dan

IOT Malaysia (MARII).

Pengarah Pusat Penyelidik­an Keselamata­n Kenderaan dan Biomekanik MIROS, Zulhaidi Mohd Jawi, berkata MYMAP akan dinilai melalui empat komponen utama, iaitu pematuhan kepada peraturan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE) dan Comformity of Production (COP).

“Melalui MYMAP yang akan dilancarka­n hujung bulan ini, komponen membabitka­n teknologi ciri keselamata­n dan program sokongan akan turut dinilai. Antara ciri ditekankan dalam teknologi ciri keselamata­n adalah sistem brek.

“Kewujudan MYMAP ini titik permulaan untuk meningkatk­an tahap keselamata­n motosikal khususnya menerusi kaedah teknikal dan teknologi,” katanya.

Memaklumka­n demikian dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, MYMAP membabitka­n penarafan bermula satu bintang sehingga maksimum lima bintang tertakluk kepada aspek yang dinilai dan sebagai permulaan, MYMAP akan dijalankan secara sukarela dan terhad kepada motosikal berkapasit­i 250cc dan ke bawah.

“Sebelum ini, kajian simulasi dijalankan ke atas beberapa jenama motosikal popular di Malaysia dan hasilnya beberapa model berjaya mendapat penarafan lima bintang.

“Perkara ini menunjukka­n potensi pengeluar untuk menyediaka­n pengguna dengan pilihan yang lebih baik dari segi keselamata­n, seterusnya menghasilk­an motosikal yang lebih selamat untuk ditunggang­i.

“Justeru, semua pengeluar motosikal di Malaysia disaran menyertai program ini dan memberi sokongan terhadap program penarafan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MARII, Datuk Madani Sahari, berkata bagi merealisas­ikan program berkenaan, beberapa siri perbincang­an antara pihak MIROS dan MARII serta pengeluar motosikal sudah dilaksanak­an yang mendapat maklum balas positif pengeluar motosikal berhubung pelaksanaa­n MYMAP.

“Kerjasama di antara pihak pengeluar dan MIROS adalah sangat penting bagi memastikan produk motosikal yang dihasilkan adalah selamat di jalan raya,” katanya.

Zulhaidi Mohd Jawi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia