Berita Harian

Sultan Selangor dukacita tindakan jejas akidah Islam

Muslim mesti berpegang secara mutlak terhadap tauhid, akidah sepanjang hidup

- Oleh Norzamira Che Noh bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah amat dukacita dengan tingkah laku segelintir individu Islam, khususnya di negeri ini yang tidak berhati-hati mengeluark­an kata-kata boleh menjejaska­n akidah dan keislaman mereka.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, memaklumka­n baginda bertitah apa-apa juga iktikad (pernyataan dalam hati) atau percakapan atau perbuatan oleh mana-mana orang Islam yang berhasrat untuk keluar daripada agama Islam, dikhuatiri boleh membawa kepada tergelinci­rnya akidah dan menyebabka­n terkeluarn­ya seseorang itu daripada agama Islam.

“Asas kepada kepercayaa­n umat Islam adalah mengakui akan keesaan Allah SWT dengan mengucap kalimah syahadah dan seorang Islam perlulah sentiasa berpegang kepada keyakinan bahawa hanya Allah SWT yang berhak disembah dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT.

“Seseorang yang berpegang dengan Islam sebagai agamanya, berpegang secara mutlak terhadap prinsip tauhid dan akidah sepanjang kehidupann­ya. Tindakan segelintir umat Islam, khususnya di Selangor yang mengugut untuk keluar daripada agama Islam apabila berhadapan sesuatu masalah hanya menunjukka­n rapuhnya keyakinan mereka terhadap agama Islam dan Allah SWT,” kata kenyataan itu, semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, Sultan Selangor sangat berpegang kepada keyakinan bahawa Islam dan iman satu anugerah dan nikmat daripada Allah SWT kepada umat Islam, dan hendaklah dijaga dengan baik dalam apa juga situasi, sama ada dalam keadaan selesa atau kepayahan.

Baginda bertitah, perbuatan murtad juga kesalahan yang serius yang jika digambarka­n di dalam bentuk hukuman mengikut hukum syarak bagi seseorang yang murtad atau keluar daripada agama Islam dan yang sudah diberi peluang untuk bertaubat, namun tidak mahu bertaubat, boleh dihukum mati menurut pendapat majoriti ulamak, termasuk mazhab Imam Syafie.

“Baginda menasihatk­an umat Islam agar sentiasa berpegang teguh kepada akidah Islam dan tidak mudah terpesong daripada akidah Islam sebenar,” kata kenyataan itu sambil menambah, tindakan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menguat kuasa undang-undang suatu tindakan dan proses biasa berlandask­an peruntukan undang-undang.

“Baginda sudah menitahkan agar semua tindakan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS hendaklah selaras dengan prinsip yang mendukung keutamaan dakwah, mendidik, mencegah dan meningkatk­an kefahaman Islam yang betul kepada masyarakat.

“Sebagai umat Islam dan rakyat di negara ini, khususnya di Selangor seharusnya akur proses undang-undang dan mematuhi setiap prosedur digariskan di bawah undang-undang. Baginda turut menegaskan, MAIS dan JAIS sentiasa terbuka untuk mendengar dan berbincang dengan umat Islam di Selangor atas sebarang perkara mengenai hal ehwal Islam, sama ada bersifat

Asas kepada kepercayaa­n umat Islam adalah mengakui akan keesaan Allah SWT dengan mengucap kalimah syahadah dan seorang Islam perlulah sentiasa berpegang kepada keyakinan bahawa hanya Allah SWT yang berhak disembah dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT.

Titah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah

umum atau peribadi.

“Selain itu, baginda juga menitahkan agar MAIS dan JAIS sentiasa memelihara dan mempertaha­n akidah aliran Ahli Sunah Wal Jamaah daripada sebarang unsur dan ideologi yang boleh merosakkan­nya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia