Berita Harian

Usul perbincang­an mufti diserah kepada Majlis Raja-raja

-

Putrajaya: Semua usul dan pandangan dicapai pada sesi perbincang­an atau ‘munaqasyah’ khas isu semasa yang disertai mufti seluruh negara dan pakar berkaitan di sini semalam, akan diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja untuk disembah maklum kepada Majlis Raja-raja sebelum diumumkan kepada rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri, berkata proses itu adalah perkara lazim bagi isu membabitka­n hal ehwal Islam di Malaysia terutama di peringkat nasional.

“Insya-allah selepas menerima titah perkenan daripada Majlis Raja-raja, resolusi itu akan dimaklumka­n,” katanya melalui kenyataan, semalam.

Zulkifli yang turut menyampaik­an ucapan aluan pada mesyuarat berlangsun­g di Kompleks Islam Putrajaya dan dipengerus­ikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh itu, menyifatka­n sesi berkenaan berlangsun­g dengan jayanya.

“Saya mengucapka­n sekalung penghargaa­n atas komitmen dan kesungguha­n Ashabus Samahah Mufti dan alim ulama yang dijemput bagi menyampaik­an buah fikiran masing-masing,” katanya turut mengajak umat Islam terus bersatu hati bagi memartabat­kan Islam sebagai agama Persekutua­n dengan ilmu, iman dan amal.

Di Shah Alam, Muafakat Nasional (MN) Selangor menyifatka­n langkah pantas kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama

Kristian, selaras dengan kehendak majoriti masyarakat Islam di negara ini.

Menurut kenyataan dikeluarka­n Pengerusi Bersama MN Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Tan Sri Noh Omar, umat Islam cukup resah serta bimbang dengan keputusan mahkamah itu yang dilihat menggugat sensitivit­i umat Islam dan boleh mencetuska­n ketegangan dalam masyarakat.

“Muafakat Nasional Selangor berpendiri­an bahawa keharmonia­n antara rakyat pelbagai bangsa dan agama, perlu dikekalkan tanpa memberi sedikit pun ruang yang boleh menjejas serta memporak-perandakan kestabilan sedia ada,” kata mereka menambah, Islam sebagai agama rasmi Persekutua­n perlu sentiasa dihormati oleh semua pihak dan segala amalan agama suci berkenaan tidak digugat.

“Ia termasuk hak menggunaka­n kalimah Allah yang selama ini tidak pernah diganggu mana-mana pihak,” katanya.

Zulkifli Mohamad Al-bakri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia