Berita Harian

Chong Hwa dijangka pulang selepas 1 Jun

Bekas pegawai bank Goldman Sachs hadapi pertuduhan subahat jual bon

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, yang diekstradi­si ke New York, akan pulang ke Malaysia selepas 1 Jun ini bagi menghadapi pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu berhubung penjualan nota sekuriti dan bon bernilai AS$6.5 bilion milik anak syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Perkara berkenaan dimaklumka­n Timbalan Pendakwa Raya, Norinna Bahadun berdasarka­n permohonan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) bahawa Chong Hwa akan pulang selepas 1 Jun.

Terdahulu, kes Chong Hwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

“Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon tarikh baharu ditetapkan, memandangk­an tertuduh dijangka pulang selepas tarikh 1 Jun.

“Tarikh selepas itu (1 Jun) adalah sesuai,” katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Chong Hwa memberitah­u mahkamah perbicaraa­n anak guamnya di Mahkamah Persekutua­n daerah Timur New York, belum bermula.

“Saya dimaklumka­n perbicaraa­n

Saya dimaklumka­n perbicaraa­n paling awal di sana akan bermula akhir Jun atau mungkin Julai kerana Mahkamah New York ditutup selepas 1 Oktober tahun lalu dan baru dibuka semula. Oleh itu, kes lama akan didengar dahulu.

Tan Hock Chuan, Peguam

Roger Ng Chong Hwa

paling awal di sana akan bermula akhir Jun atau mungkin Julai kerana Mahkamah New York ditutup selepas 1 Oktober tahun lalu dan baru dibuka semula.

“Oleh itu, kes lama akan didengar dahulu,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Jun ini untuk pengurusan kes selanjutny­a.

Chong Hwa kini berada di New York selepas diekstradi­si pada Mei 2019 untuk berdepan pertuduhan oleh DOJ.

Pada 19 Disember 2018, Chong Hwa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dengan menggugurk­an fakta material dan membuat kenyataan palsu.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di pejabat 1MDB, Tingkat 8, Menara IMC, Nombor 8, Jalan Sultan Ismail di sini antara 19 Mac 2012 dan 11 November 2013.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia