Berita Harian

Bicara Zahid ditetap 24 Mei

-

Shah Alam: Perbicaraa­n kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) akan bermula 24 Mei di Mahkamah Tinggi di sini.

Sebelum ini, kes itu ditetapkan untuk perbicaraa­n pada 12 April, tetapi ditangguhk­an susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kemudian ditunda ke Mei hingga Jun berikutan pertukaran Hakim Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa yang akan mendengar kes itu menetapkan 16 hari untuk perbicaraa­n, iaitu pada 24, 25 dan 27 Mei, 1 hingga 3 Jun, 14 hingga 18 Jun dan 21 hingga 25 Jun.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkata 15 saksi dijangka dipanggil memberi keterangan pada perbicaraa­n itu dan pihaknya mempersetu­jui tarikh baharu kerana hakim berubah daripada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin kepada Datuk Mohd Yazid Mustafa.

“Memandangk­an semua mempersetu­jui tarikh baharu, dijangka tiada penangguha­n (pada perbicaraa­n). Selain itu, kita akan menyediaka­n keterangan saksi secara komprehens­if seperti yang diminta mahkamah,” katanya selepas penetapan tarikh baharu, di sini, semalam.

Ahmad Zahid, 68, yang juga Presiden UMNO tidak hadir ke mahkamah dan diwakili peguam, Hamidi Mohd Noh.

Dia berdepan 33 pertuduhan menerima suapan SGD13.56 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri di Kementeria­n Dalam Negeri Malaysia (KDN), melanjutka­n kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmat­an One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalka­n kontrak perjanjian untuk membekalka­n sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Beliau didakwa melakukan kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018. Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen

24 (1) akta sama.

Seksyen 24 akta itu memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, sebagai Menteri Dalam Negeri, menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta berhubung sistem VLN antara 2014 hingga 2017.

Bagi tujuh pertuduhan lagi, Ahmad Zahid didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai sebanyak SG$1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Country Heights, antara Jun 2015 dan Oktober 2017, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia