Berita Harian

Mimbar lebih 100 tahun masih utuh terpelihar­a

Kelainan inskripsi ukiran dihasilkan Megat Ja’afar serlah keunikan tersendiri

-

Gopeng: Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan pengukir terkenal abad ke-19 iaitu Allahyarha­m Megat Ja’afar, keturunan Megat Terawis, ditemui masih terpelihar­a dan utuh di Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang di sini.

Megat Ja’afar adalah keturunan Megat Terawis, iaitu Orang Kaya Bendahara Perak pertama pada zaman pemerintah­an Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I.

Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Harleny Abd Arif, berkata mimbar dengan ketinggian lebih tiga meter itu mempunyai keunikan tersendiri.

“Dalam ratusan mimbar seluruh negara ini dan negara jiran yang saya kaji serta temui, saya dapati mimbar ini mempunyai kelainan dari segi inskripsi di bahagian dalam kerangka yang tercatat nama Megat Ja’afar berserta tahun pembuatan dalam angka

Arab,” katanya ketika melawat mimbar di Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang, terletak kira-kira 30 kilometer dari Ipoh.

Katanya, angka versi Arab itu apabila diterjemah­kan ke tulisan rumi mencatatka­n tahun 1323 Hijrah bersamaan 1905 Masihi seiring tahun sama masjid itu didirikan dengan antara keunikan pada mimbar itu adalah motif ukirannya diilhamkan daripada sumber alam semula jadi termasuk motif daun Kelumpang, daun Ketumbit dan daun Bayam Peraksi.

Beliau berkata, hasil kajian dijalankan sejak 2009 itu turut mendapati terdapat tiga jenis teknik ukiran diterap pada mimbar berusia lebih seabad itu, iaitu teknik Tebuk Tembus Bersilat, Tebuk Timbul Bersilat dan Ukiran Layang.

“Kajian ini juga saya jalankan dengan merujuk Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia bagi mendapatka­n maklumat berkenaan Megat Ja’afar dan Persatuan Penggiat Seni Ukiran Kayu Malaysia (PENGUKIR) bagi mengesahka­n jenis motif pada mimbar,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang, Mohd Sukri Saad ketika ditemui memberitah­u pengurusan masjid sentiasa memelihara mimbar yang ditempatka­n di masjid berusia lebih seabad itu supaya tetap terpelihar­a. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Harleny menunjukka­n ukiran Megat Jaafar Sanah 1323 Hijrah dalam angka Arab pada mimbar dalam Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang, Gopeng.
(Foto BERNAMA) Harleny menunjukka­n ukiran Megat Jaafar Sanah 1323 Hijrah dalam angka Arab pada mimbar dalam Masjid Ahmadiah Kampung Kepayang, Gopeng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia