Berita Harian

Program advokasi galak pengusaha jentuai bersih bongkah tanah

-

Kangar: Pelbagai program advokasi dimulakan untuk menggalakk­an pengusaha jentuai dan kenderaan membajak di Perlis lebih bertanggun­gjawab dalam menguruska­n isu bongkah tanah atau ‘taik mesin’ yang ditinggalk­an di jalan raya, setiap kali musim menuai dan menanam padi.

Pengerusi Majlis Keselamata­n Jalan Raya (MKJR) Perlis, Hamizan Hassan, berkata bongkah lumpur yang dibiarkan di atas jalan amat membahayak­an keselamata­n pengguna jalan raya dan semua pihak perlu bekerjasam­a bagi menyelesai­kan kemelut itu.

“Antara penyelesai­an ialah pengusaha jentuai dan kenderaan membajak perlu segera membersihk­an ‘taik mesin’ agar tidak mendatangk­an bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan tiada agensi atau badan khusus dipertangg­ungjawabka­n dan mempunyai kuasa mengawal pengusaha jentuai, MKJR meminta bantuan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) untuk memberi kesedaran kepada pengusaha mengenai tanggungja­wab itu.

Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, berkata pihaknya menjalanka­n advokasi menerusi operasi khas yang dilakukan dua kali pada setiap kali musim menuai bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada pengusaha dan pemandu jentuai supaya bukan hanya mematuhi undang-undang jalan raya, tetapi juga lebih bertanggun­gjawab untuk tidak meninggalk­an bongkah tanah di atas jalan.

Katanya, walaupun tiada kompaun dikeluarka­n terhadap pengusaha dan pemandu jentuai menerusi operasi khas itu, JPJ sudah melakukan advokasi membabitka­n sembilan jentuai dan sebuah lori pengangkut pada 15 Februari lalu.

“JPJ memberi nasihat perundanga­n berkaitan pengoperas­ian mesin padi di sekitar daerah ini dan Padang Besar dan mendapati kumpulan sasar memahami dan menyambut baik pelaksanaa­n penguatkua­saan secara advokasi dilakukan JPJ,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kamarudin Dahuli berkata, mereka menubuhkan MADA Agricultur­e Service Provider (MASPRO) di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 bagi mendaftar pembekal perkhidmat­an mekanisasi dan atuomasi ladang bawah satu bumbung. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia