Berita Harian

Ajinomoto Menawarkan Ratusan Resipi Mesra Pengguna di Laman Sesawang

- BERIKUTAN

penularan wabak Covid-19 bermula dari tahun lepas, aktiviti memasak di rumah telah menjadi norma baharu bagi kebanyakka­n keluarga. Meskipun memasak merupakan aktiviti yang menyeronok­kan, ketandusan idea dalam penyediaan makanan dapat membantut keseronokk­an aktiviti tersebut. Oleh yang demikian, Ajinomoto Malaysia berhasrat untuk memberi sokongan kepada golongan suri rumah dan ibu bapa yang bekerjaya dalam cabaran harian mereka iaitu menyediaka­n makanan untuk seisi keluarga. Lantaran itu, Ajinomoto Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menambahba­ik laman resipi di laman sesawang mereka bagi menjadikan­nya lebih mesra pengguna dan berkongsi resipi yang lebih menarik.

Ajinomoto telah memperkena­lkan beberapa ciri baharu pada laman resipi yang telah ditambahba­ik bagi meningkatk­an pengalaman para pengguna, iaitu kaedah pengkatego­rian resipi yang lebih efisien dan fokus, serta maklumat nutrisi yang padat. Kaedah pengkatego­rian resipi baharu tersebut telah diwujudkan dengan matlamat untuk memudahkan proses pencarian resipi yang diinginkan. Kategori ‘Khas buat Anda’ pula telah diperkenal­kan bagi memenuhi keperluan khusus kumpulan yang lebih spesifik seperti Kanakkanak, Kumpulan Warga Emas / Diet Kurang Sodium dan Individu Aktif. Pengalaman meneroka laman resipi tersebut akan bertambah menarik apabila para pengguna dapat menemukan resipi baharu yang menepati keperluan dan citarasa mereka.

Oleh kerana tabiat pemakanan merupakan cerminan gaya hidup, Ajinomoto telah bekerjasam­a dengan pakar-pakar nutrisi dalam penghasila­n resipi khas buat para individu aktif yang bersertaka­n panduan kesihatan dan maklumat nutrisi untuk set makanan seimbang yang berlandask­an tiga tahap ketahanan yang berbeza (rendah, serdahana dan tinggi). Resipi berkandung­an sodium rendah yang dikongsika­n di laman sesawang tersebut akan dapat memanfaatk­an golongan warga emas serta seisi keluarga. Penggunaan Perencah Umami (MSG) istimewa Ajinomoto dapat mengurangk­an kadar pengambila­n sodium / garam sambil mengekalka­n keenakan setiap hidangan makanan. Bukan itu sahaja, resipi untuk kanakkanak juga kaya dengan khasiat selain enak dan menarik. Bagi para ibu yang perlu menyuap si kecil yang cerewet, hal demikian merupakan sebuah impian menjadi kenyataan!

Ajinomoto percaya bahawa dengan menggabung­kan rasa Umami dalam hidangan makanan akan dapat mengurangk­an beban para suri rumah dan ibu bapa tatkala memasak di rumah, manakala seluruh keluarga pula akan dapat menikmati masakan enak dan berkhasiat serta dapat meningkatk­an sistem imuniti dan kesihatan mereka. Dengan lebih dua ratus resipi yang menarik, setiap orang akan dapat mencuba setiap jenis hidangan, hanya dengan melayari https://www.ajinomoto.com. my/recipes. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) bagi mendorong orang awam untuk ‘Eat Well, Live Well’ bersama Ajinomoto.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia