Berita Harian

Great Eastern memperuntu­kkan RM1 juta untuk dana vaksin COVID-19

-

GREAT EASTERN telah memperuntu­kkan dana vaksin COVID-19 sejumlah RM1 juta untuk membantu para pelanggan berikutan pelaksanaa­n Program Imunisasi COVID-19

Kebangsaan. Dana ini ditawarkan kepada Life Assurance (Malaysia) Berhad, Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad dan Great Eastern Takaful Berhad. Para pelanggan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) mesti merupakan pengguna e-connect yang berdaftar dan mempunyai polisi yang berkuatkua­sa sepanjang liputan dana to 31 Disember 2021 atau sehingga dana tersebut mencapai had tuntutan RM1 juta.

Dengan adanya dana ini, para pelanggan boleh menuntut elaun tunai harian hospital sebanyak RM200 sehari sehingga maksimum 7 hari, akibat kesan advers selepas imunisasi (AEFI) 14 hari selepas menerima vaksin COVID-19 yang telah diluluskan. Di samping itu, manfaat kematian sebanyak RM10,000 akan dibayar sekaligus untuk kematian yang berkaitan dengan AEFI, 30 hari setelah menerima vaksin COVID-19 atau dari tarikh kemasukan ke hospital berikutan AEFI.

“Sebagai insurans hayat yang terkemuka di Malaysia, melindungi kesejahter­aan para pelanggan, sama ada dari segi fizikal mahupun kewangan adalah keutamaan kami. Sejak permulaan penularan wabak COVID-19, kami telah melancarka­n pelbagai inisiatif untuk menyokong para pelanggan di setiap langkah perjalanan yang mencabar ini. Dana vaksin COVID-19 merupakan salah satu daripada inisiatif kami untuk meneruskan usaha ini, lebihlebih lagi ketika para pelanggan bersiap sedia untuk menerima imunisasi,” kata Dato Koh Yaw Hui, Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad.

Dana vaksin COVID-19 adalah tambahan kepada Program Bantuan Kewangan berjumlah RM2 juta yang diumumkan pada bulan Februari 2020 untuk membantu para pelanggan mengurangk­an kesan pandemik. Dana tersebut telah pun disalurkan sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai dana vaksin COVID-19, para pelanggan boleh menghubung­i perkhidmat­an pelanggan Great Eastern di talian 1300-1300 88 atau menghantar e-mel kepada wecare-my@greateaste­rnlife.com.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia