Berita Harian

Kecelaruan adab pelajar cetus kebimbanga­n

- Oleh Prof Madya Dr Afandi Ahmad bhagama@bh.com.my Penulis adalah Pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Beberapa insiden menggambar­kan buruknya adab apabila segelintir pelajar dikatakan selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpesta di atas jalan raya dengan motosikal.

Ada tanpa segan silu menayangka­n seragam sekolah dengan tulisan mencerca guru, selain turut melempar buku ke sungai yang dikongsika­n pula menerusi aplikasi Tiktok.

Adab pelajar semakin dilanda kebobrokan. Entah budaya mana diceduk, siapa yang dirujuk atau apa ingin ditunjuk, kecelaruan adab ini amat membimbang­kan kerana mencermink­an adab yang semakin berpenyaki­t.

Ingatlah, ilmu hanya akan segar dan mekar dalam jiwa yang kudus. Bagaimana mungkin jiwa yang suci dan murni dapat dibentuk jika adab dengan si pemberi ilmu diketepika­n?

Mudahkah sesuatu ilmu itu sampai, difahami dan dimanfaatk­an jika guru dipandang menjengkel­kan?

Imam al-ghazali ada menyatakan bahawa: “Sesungguhn­ya ibu bapa adalah sebab kewujudan seorang anak di muka bumi ini, namun kehidupan ini akan binasa. Sedangkan guru sebab kepada kejayaan abadi seseorang di akhirat yang kekal selamanya. (Ihya Ulum al-din)

Dalam konteks meraikan, ia tidak menjadi kesalahan cuma hendaklah berlandask­an kesopanan dan kesusilaan. Sebaiknya, raikan kesudahan peperiksaa­n dengan penuh pengharapa­n. Terus berdoa supaya proses penandaan kertas jawapan lancar dan yang menanda pula diberi kelapangan hati supaya mudah memahami apa yang ditulis.

Usah sesekali menggelar pendidik dengan apa ‘gelaran’ sekalipun. Pandanglah

insan yang memberi ilmu dengan penuh kasih sayang.

Menggelar pendidik dengan perkataan tidak baik adalah keterlalua­n. Sebaliknya, gunakan gelaran yang memberikan tanda hormat kepadanya.

Usah bermula dengan jenaka mengumpat guru atau pensyarah dalam kumpulan perbincang­an Whatsapp atau Telegram. Media sosial mesti diurus dengan hak dan tanggungja­wab. Ingat, apa yang dikongsi, dimuat naik hadir dengan tanggungja­wab besar kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Jika risau anak kita usai SPM menulis semberono di media sosial, sebenarnya yang turut menggerunk­an ialah golongan dewasa.

Falsafah pendidikan negara cukup indah untuk membentuk insan sebaiknya. Soalnya, adakah kita semua memikul, menjiwai dan menunaikan fungsi pendidikan ini dengan penuh jiwa dan raga?

 ?? (Foto hiasan) ?? Guru sebagai pendidik perlu dipandang mulia, bukan memberikan gelaran yang keterlalua­n.
(Foto hiasan) Guru sebagai pendidik perlu dipandang mulia, bukan memberikan gelaran yang keterlalua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia