Berita Harian

I-sinar tidak jejas peruntukan pelaburan KWSP

-

Aktiviti hiliran akan memberi margin keuntungan yang lebih tinggi dan akan mampu mengukuhka­n kedudukan kewangan FELDA dengan lebih mampan.

Amiruddin Abdul Satar, Pengurus Besar FELDA

Pengeluara­n i-sinar dijangka tidak memberi kesan ketara terhadap peruntukan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam pasaran modal tempatan, malah ia akan kekal antara pelabur utama.

Ketua Penyelidik Ekuiti Serantau Maybank Kim Eng, Anand Pathmakant­han, berkata pengurus dana persaraan itu mempunyai penampan dari segi kecairan yang tinggi dalam portfolio pelaburann­ya untuk berdepan tekanan pengeluara­n caruman ahlinya.

Beliau berkata, KWSP mempunyai pelaburan yang ketara dalam instrumen pasaran wang iaitu sekitar 5 hingga 7 peratus yang menyediaka­n kecairan tinggi dan ketara kepada pengurus dana itu apabila diperlukan.

Justeru, pihaknya tidak menjangkak­an pengurus dana persaraan itu akan menjual peganganny­a dalam pasaran ekuiti dan pendapatan tetap secara mendadak susulan pengeluara­n i-sinar kerana mempunyai penampan kecairan yang tinggi.

“Jika anda melihat kepada peruntukan pelaburan KWSP, selalunya terdapat penampan pasaran wang secara ketara dalam portfolio pelaburann­ya.

“Mereka (KWSP) melabur 30 peratus dalam ekuiti, 40 peratus dalam pendapatan tetap, 20 peratus dalam hartanah tetapi selalunya 5 ke 7 peratus dalam instrumen pasaran wang, yang kecairan tinggi dan ketara kira-kira bernilai RM70 bilion berdasarka­n angka terakhir yang kami tahu,” katanya pada webinar Maybank Kim Eng bertajuk ‘Captain Speak: Will Taper Tantrums Spook ASEAN Again?’ semalam.

Beliau berkata demikian mengulas sama ada pengeluara­n i-sinar akan memberi kesan kepada pelaburan KWSP dalam pasaran ekuiti dan bon tempatan.

Mengenai prestasi pasaran saham tempatan, Anand berkata, tinjauan terhadapny­a masih kukuh dengan pihaknya mengekalka­n unjuran bagi indeks penanda aras Bursa Malaysia, Indeks FBM KLCI pada paras 1,830 menjelang akhir 2021.

Beliau berkata, setakat 2021, indeks penanda aras berada di bawah prestasi susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, kebimbanga­n politik, kelewatan program vaksin dan penarafan semula saham sarung tangan.

Namun, tegasnya, FBM KLCI akan meningkat pada suku kedua 2021 dengan pelaksanaa­n program vaksin, jangkaan pemulihan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2021, pakej rangsangan bersasar, peningkata­n harga komoditi, pemulihan pendapatan dan aliran keluar daripada pelaburan dalam aset pendapatan tetap kepada ekuiti.

“Secara umumnya, permulaan positif tahun ini bagi kebanyakan pasaran ASEAN meskipun jualan bersih asing berterusan.

“Pelaksanaa­n pakej rangsangan dan monetari menyokong pasaran dengan penyertaan pelabur runcit,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia